Pesanan
Ibrahim Adham(Seorang sufi) berkenaan perbuatan yang yang menyebabkan doa kita
terhalang dari dimakbulkan olehNya.
Saya percaya
kita mungkin pernah baca kisah ini tapi ini sekadar peringatan untuk diri dan
renungan bersama.
“Berdoalah
kepada-Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang
menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan
hina dina.” (Al-Mu’minun : 60)
Allah telah
berjanji, tapi hairan,mengapa doa-doa kita langsung tidak memberikan sebarang
kesan. Apa kita minta dan doa hari-hari, tak pernah kita dapat. Di mana
silapnya? “Mengapa doaku tak di kabul?”
Pertanyaan
ini sebenarnya pernah dilontarkan kepada seorang ahli sufi dan wali terkenal,
Ibrahim bin Adham. Apabila ditanya “Mengapa doa tidak dikabulkan?”.
Lantas
Ibrahim Adham pun menjawab, “Doa tidak dikabulkan kerana hati kamu telah mati.” Lalu
ditanyakan lagi, “Apa yang boleh mematikan hati?”. Beliau
menjawab, “Ada lapan perkara, diantaranya:
* Kamu mengetahui hak Allah, tapi kamu
tetap tidak menunaikan hakNya itu. (Malah ada ramai pun yang tak tahu apakah
itu hak-hak Allah yang perlu kita tunaikan, tahukah anda?)
* Kamu membaca Al-Qur’an tetapi kamu tidak
mengamalkan hukum-Nya. (Yang baca Quran memang OK, tapi bacakah ayat dan terjemahannya sekali ? Baca
Quran pun jarang sekali, tapi mengharapkan doa dimakbulkan…)
* Kamu mengatakan cinta Rasulullah tetapi
kamu tidak mengamalkan sunnahnya. (Kita ni jangan kata cinta, sesetengahnya
malah memperlekeh sunnah-sunnah Nabi SAW. Kata sunnah dah ketinggalan zaman dan
sebagainya.)
* Kamu mengatakan takut mati tetapi masih
tidak mempersiapkan diri untuk menghadapi mati. (Bersediakah anda untuk mati?
Apa bekalan yang kita dah persiapkan?)
* Kamu mengakui bahawa syaitan itu musuh,
tetapi kamu ikut perangai syaitan. (Cuba periksa diri, apakah perangai syaitan
yang ada dalam diri kita?)
* Kamu selalu berdoa supaya terhindar dari
api neraka, tapi kamu sendiri yang melemparkan dirimu ke dalamnya. (Doa minta
jauh azab neraka kononnya, tapi dosa dan maksiat kita buat dengan selamba jer.
Boleh makbul ker doa kita?)
* Kamu ingin memasuki Syurga, tapi kamu
masih tidak melakukan amal soleh. (Kita hari-hari minta doa untuk masuk syurga,
tapi buat amal ibadat malas. Solat kita cuaikan, solat sunat jarang sekali,
quran kita tak baca, zikir memang tak buat, sedekah amal jariah kita kedekut
taik hidung masin. Tapi kata nak syurga. Macammana tu?)
* Kamu sibuk memikirkan kesalahan dan
keburukan orang lain, sedangkan keburukan dan kesalahan diri sendiri tidak
pernah kamu hiraukan. (Asyik-asyik kata orang ni salah, orang ni tak betul.
Kutuk sana kutuk sini. Tapi rupa-rupanya 'mengata dulang paku serpih, mengata
orang dia yang lebih')
* Kamu mendapat pelbagai kenikmatan yang diberikan
Allah swt, tetapi kamu tidak pernah bersyukur dengan mematuhi segala perintah
Allah. (Tubuh badan sihat sokmo, perut kenyang sentiasa, tapi 'Alhamdulillah'
pun tak boleh nak ucap.)
* Kamu menguburkan jenazah orang lain, tapi
tidak menginsafi diri kamu sendiri bahawa kelak kamu juga akan dikuburkan.
(Tengok berita atau baca cerita pasal orang mati hari-hari, tapi tak pernah
rasa insaf melihat kematian. Kita duk rasa nyawa kita panjang lagi. Kita rasa
kita boleh hidup lama lagi. Lantas kita menjadi begitu culas dalam membuat
bekalan hari kemudian.)
“Jika
begitu, bagaimana mungkin Allah dapat mengkabulkan doa kamu?”
0 ulasan:
Catat Ulasan