Khamis, 15 Januari 2015

Mitos "Cinta Sejati" Yang Wajib Diketahui

BaitulMuslim : "Fantasi Cinta sejati"


"aku akan bertemu dengan cinta sejatiku", "siapakah yang ditakdirkan untukku?", "adakah si dia cinta sejatiku?",  "dia sudah pergi, tiada lagi cinta sejatiku di dunia ini", " hanya dia yang ditakdirkan untukku".

kita biasa mendengar pernyataan ini sama ada di dalam filem cinta hindustan, filem cinta melayu atau dalam kehidupan sebenar. kalau di dalam filem, kita akan melihat hero dan heroin akan menempuh pelbagai rintangan untuk memastikan cinta mereka bersatu, lautan badai sanggup direnangi, sanggup jatuh miskin demi cinta sejati, sanggup membelakangkan keluarga, lari dari rumah dan sebagainya kerana cinta sejati.

Malangnya hal ini tidak hanya terjadi dalam filem sahaja. di kehidupan sebenar, ramai juga anak muda yang terpengaruh dengan doktrin 'cinta sejati'. bagi mereka, tanpa cinta sejati ini, hidup tidak akan bahagia. hidup tidak berguna lagi. ada yang sanggup bercerai kerana 'cinta sejati'.

Maka insan tadi sentiasa berkhayal dan mencari-cari siapakah cinta sejatinya bagi mengejar mimpi yang indah.



Sahabat sekalian,

Hakikatnya 'cinta sejati' tidak wujud!. Ia hanyalah satu khayalan yang diulik dan didodoi di setiap masa dan sepanjang zaman. doktrin yang dipromosikan melalui nyanyian dan filem. seperti mana tidak ada superhero yang boleh terbang atau raksasa yang merosakkan bandar, begitu juga dengan cinta sejati.

Kita tidak pernah diciptakan khusus hanya seorang insan sahaja. tidak pernah ada ayat al-Quran atau hadith yang memberitahu kita bahawa cinta kita hanya untuk seorang insan sahaja. cinta kita adalah berfaktor, bersebab dan boleh dipupuk.

Kerosakan Daripada Doktrin Ini

kepercayaan ini telah banyak membawa kerosakan dalam masyarakat:

pasangan berkahwin merasa tidak bahagia kerana berfikir bahawa orang yang mereka kahwin bukanlah cinta sejati mereka.
seorang anak muda menolak untuk bersama dengan seorang yang berkualiti hanya kerana merasakan bahawa itu bukan cinta sejatinya.

anak-anak muda bercinta monyet yang melompat dari satu percintaan ke percintaan yang lain semata-mata untuk mencari cinta sejati yang tidak kunjung tiba.

maka ramailah yang kecundang dalam mencari cinta sejati yang tidak kunjung datang.

Konsep 'cinta sejati' tidak datang dari budaya Islam. asal usulnya tidak jelas tetapi ia mula disemai dalam masayarat apabila wujud perniagaan novel, nyanyian bermotifkan cinta dan filem filem yang datangnya dari negara-negara yang mengamalkan pergaulan bebas.


selanjutnya dalam tajuk ini:

doakan untuk mendapat jodoh terbaik dan bukannya jodoh yang ditakdirkan.
apa yang dikatakan cinta berfaktor dan boleh dibina.

"kisah pemuda dan buah epal"

persoalan tentang cinta sejati
soalan untuk yang mempercayai cinta sejati

di sini disenaraikan beberapa contoh soalan kepda orang yang mempercayai cinta sejati:

cuba bayangkan wajah seseorang yang dirasakan sebagai cinta sejati sebelum menjawab soalan ini.

1. kalau dia tiba-tiba jatuh miskin dan merempat meminta sedekah, adakah masih ada cinta sejati?

2. jika dia tiba2 kemalangan dan lumpuh, buta dan tidak siuman, adakah masih ada cinta sejati?

3. jika dia murtad dan menjadi seorang pengikut kuat agama lain, adakah masih ada cinta sejati?

4. jika dia menjadi seorang suka berzina dengan orang lain, adakah masih ada cinta sejati?

5. jika sahabat baru mendapat tahu yang dia berjantina sebaliknya, masihkah wujud cinta sejati?

jika jawapan bagi soalan2 ini ialah tidak, maka ini membuktikan cinta sejati kepada pasangan tidak wujud. yang wujud ialah cinta bersebab.

jika semua soalan ini mempunyai jawapan YA, bagi saya sahabat adalah seorang yang gila.

pengalaman saya bertanyakan soalan ini.

semasa saya masih di sekolah menengah berasrama penuh, saya ada bertanyakan seorang kawan saya berkenaan perkara ini. saya masih ingat waktu itu adalah malam hujung minggu dan kelas-kelas sekolah asrama biasa diguanakan untuk dating.

Apabila dia balik dari berjumpa dengan makwenya, saya tanyakan soalan.
"hee Man (nama gelaran untuknya), kalau awek engkau lepas ni berlanggar dan lumpuh, engkau akan cinta kat dia lagi ke?"
dia menjawab "tidak".

saya bertanya lagi "jika dia kemalanagan dan mukanya penuh dengan parut, engkau akan menyintai dia lagi ke?"

dia menjawab "tidak".


saya bersyukur kerana Man menjawab soalan saya dengan jujur. ini bermakna cintanya kepada aweknya adalah cinta bersebab.

cinta sejati hanyalah kepada Allah
sebenarnya sejak dari mula kejadian lagi kita sudah diberikan satu fitrah. fitrah untuk mengenal dan mencintai pencipta kita.

Kita mungkin tidak perasan akan fitrah ini kerana sejak dari awal lagi kita sudah diajar untuk mengenal pencipta, mengetahui sifat-sifatnya, cinta dan beriman kepadaNya.

Sahabat tidak melalui suasana yang dilalui oleh nabi ibrahim yang mana sejak kecil dia tidak pernah dikenalkan kepada penciptanya.

Kisah nabi ibrahim ini dinyatakan dalam al-Quran....
al-an'am
[75]
Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim kebesaran dan kekuasaan (Kami) di langit dan di bumi, dan supaya menjadilah ia dari orang-orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin.
[76]
Maka ketika ia berada pada waktu malam yang gelap, ia melihat sebuah bintang (bersinar-sinar), lalu ia berkata: "Inikah Tuhanku?" Kemudian apabila bintang itu terbenam, ia berkata pula: "Aku tidak suka kepada yang terbenam hilang".
[77]
Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), dia berkata: "Inikah Tuhanku?" Maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia: "Demi sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah aku dari kaum yang sesat".
[78]
Kemudian apabila dia melihat matahari sedang terbit (menyinarkan cahayanya), berkatalah dia: "Inikah Tuhanku? Ini lebih besar". Setelah matahari terbenam, dia berkata pula: ` Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri (bersih) dari apa yang kamu sekutukan (Allah dengannya).
[79]
"Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)".
[80]
Dan ia dibantah oleh kaumnya, ia pun berkata: "Patutkah kamu membantahku mengenai Allah, padahal sesungguhnya Ia telah memberi hidayah petunjuk kepadaku? Dan aku pula tidak takut (akan sebarang bahaya dari) apa yang kamu sekutukan dengan Allah, kecuali Tuhanku menghendaki sesuatu dari bahaya itu. (Sesungguhnya) pengetahuan Tuhanku meliputi tiap-tiap sesuatu, tidakkah kamu mahu (insaf) mengambil pelajaran?
[81]
"Dan bagaimanakah aku hendak takutkan apa yang kamu sekutukan dengan Allah itu (yang tidak dapat mendatangkan sesuatu bahaya), padahal kamu tidak takut bahawa kamu telah sekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan sebarang keterangan kepada kamu mengenainya? Maka yang manakah di antara dua puak itu yang lebih berhak mendapat keamanan (dari bahaya), jika betul kamu mengetahui?"
[82]

Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

kesimpulan dari kisah ini ialah cinta sejati kita kepada Allah adalah suatu yang telah dimasukkan ke dalam hati kita sejak awal lagi.

Sedangkan cinta kita kepada manusia bergantung kepada tempat yang kita dipertemukan dan kriteria yang kita inginkan.

Cinta sejati bermaksud satu kecintaan yang tidak akan berubah walau apapun yang berlaku. dan cinta ini nampaknya hanya dapat dicapai dengan Allah. sedangkan manusia, walau betapa sayangpun kita kepadanya, jika dia melakukan apa yang kita benci, pasti cinta kita kepadanya akan luntur.

Kecintaan sejaati kita kepada Allah adalah kerana Allah adalah pencipta yang tidak pernah berubah dari segala sifatnya. tidak seperti manusia yang mana kita menyintainya apabila dia kaya dan kurang menyintai apabila dia miskin.

Atau menyintainya apabila dia cantik dan dan kurang menyintainya apabila dia tidak cantik. atau menyintainya apabila dia berakhlak baik dan membencinya apabila dia menjadi seorang yang jahat dan berhati busuk.

Allah tidak pernah berubah dari sifat-sifatNya yang maha Kaya, maha Mulia, Maha Bijaksana dan lain-lain lagi.
juga segala perkara malang yang menimpa kita adalah datangnya dari kita dan segala kebaikan yang kita perolehi adalah nikmat dariNya.*

cinta kepada pasangan adalah cinta bersebab.

saya sudah masukkan beberapa persoalan yang boleh diajukan untuk membuktikan bahawa cinta kita bukan cinta sejati tetapi sebenarnya ialah cinta bersebab.

Atas sebab-sebab inilah yang menyebabkan kita menyukai pasangan kita dan juga inilah faktor yang menyebabkan kecintaan kita kepada pasangan kita hilang. perlu saya nyatakan di sini bahawa menyintai seseorang atas sebab sebab tertentu adalah tidak salah bahkan merupakan perkara umum yang dilakukan tetapi cuba dinafikan.

Bahkan rasulullah juga sendiri memberitahu bahawa cinta kita adalah cinta BERSEBAB melalui hadith baginda:

"Wanita dinikahi karena empat faktor. Karena hartanya, nasabnya, kecantikannya, dan karena agamanya. Maka, menangkanlah wanita yang mempunyai agama, engkau akan beruntung"

Al-Hafidz Abi Abdillah Muhammad bin Yazid al-Qazwini bin Majah, Sunan Ibn Ma>jah, Juz I (Beirut: Da>r al-Ih}ya>’ at-Tura>s\ al-’Arabi>, 1395 H), hlm. 597.

Di sini rasulullah menyenaraikan sebab-sebab yang membawa kepada pemilihan pasangan. rasulullah tidak menafikan kriteria yang digunakan untuk memilih pasangan. cuma nasihat rasulullah agar agama dijadikan sebab utama dalam memilih pasangan kerana ia pasti akan membawa kebahagiaan.

satu hadith rasulullah "jangan mengahwini wanita kerana rupa paras yang cantik, mungkin rupa paras itu membawa kehancuran. jangan mengahwini wanita itu kerana hartanya kerana harta itu membawa kepada kezaliman. tetapi kahwinilah wanita itu kerana agamanya. seorang wanita hitam yang menghayati agamanya adalah lebih baik". (ibnu majah).

hatta imam ghazali sendiri menetapkan beberapa kriteria seseorang wanita itu dikahwini:*

kesimpulan penting bagi cinta sejati

jangan silap faham. saya bukan berkata jangan mencintai manusia. menyintai dan menyukai manusia yang lain adalah hal yang disuruh.

Yang dilarang di sini ialah menyintai seseorang dengan membabi buta dan terlalu terpengaruh dengan perasaan sehingga merasakan kebahagian itu hanyalah dengan  si dia.

Ini mengingkari hadith:
Tiga hal yang barang siapa dalam dirinya terdapat tiga hal ini, dia pasti menemukan manisnya Iman: 
(1) Kalau Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai dari selainnya,
(2) Kalau dia mencintai seseorang, tidaklah dicintainya melainkan kerana Allah,
(3) Dan kalau dia benci kembali kepada kekufuran seperti kebenciannya jika dicampakkan ke dalam api”.
(Hadits riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Anas bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Kamu tidak beriman sebelum aku lebih dicintai daripada anaknya, orang tuanya dan manusia seluruhnya”.
Hadits riwayat Bukhari dan Muslim

Barangsiapa memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, dan menikah kerana Allah, maka sempurnalah imannya. (HR. Abu Dawud)

konsep cinta sejati menyebabkan kita bercinta sebelum berkahwin

mitos cinta sejati ini telah mendatangkan masalah yang tidak disedari oleh ramai orang. sebelum kita dijajah dan kemasukkan budaya asing secara berleluasa melalui filem atau drama, pencarian pasangan bagi masyarakat Islam adalah berbeza. anak-anak dara tidak bebas keluar mengikut jantan spertimana sekarang sampai jam 2-3 pagi masih lagi kelihatan di restoran-restoran.

pencarian jodoh pada ketika itu diuruskan oleh pihak keluarga sama ada si ayah atau si ibu. jodoh yang diatur membawa kepada kebahagiaan hingga ke anak cucu. yang peliknya di zaman ini di mana pasangan memiliki kebebasan mencari jodoh masing-masing, kadar perceraian dan masalah rumah tangga berada pada tahap yang membimbangkan.

Mitos cinta sejati ini telah membawa kepada budaya melakukan percubaan atau membeli belah cinta. adakah dia cinta sejatiku? maka berlakulah pertukaran pasangan untuk tujuan 'merasa' cinta atau lebih dari itu. bertukar pasangan semudah monyet melompat dari satu dahan ke dahan yang lain.

Maka dalam proses ini ramailah yang kecundang di pintu cinta, yang dara kehilangan daranya, anak haram dibunuh dan dilempar ke dalam longkang (lebih teruk dari arab jahiliyyah), perempuan hilang benteng pertahanan terakhir iaitu malunya, maruah jatuh  nilai seperti barangan komoditi. yang paling terjejas dalam proses mencari cinta ialah kaum hawa sedangkan kaum adam memperolehi nikmatnya.

Bahaya membandingkan cinta jika kita tidak pernah makan kuih keria, maka kuih keria yang pertama kita makan ialah kuih keria yang paling sedap. jadi bila disebut kuih keria, maka kita menjadikan rasa kuih keria yang baru sekali kita makan itu sebagai standard kuih keria.

Tetapi setelah kita memakan banyak kuih keria dari bermacam tempat, kita akan mula mengatakan "kuih keria ini sedap dan yang itu tidak sedap".

Perumpamaan yang sama adalah untuk cinta. bagi yang tidak pernah bercinta, cinta pertamanya itulah cinta. bila disebut cinta, itulah rasanya. tetapi jika seseorang itu terlalu banyak bercinta, maka dia mula membandingkan cinta.

Dibandingkan cintanya denga pasangannya dan cintanya dengan orang lain. maka mulalah dia boleh mengatakan cinta ini menyeronokkan dan dan cinta yang satu lagi hambar.

Itulah sebabnya cinta yang permulaan mahal harganya. mungkin sukar buat masa sekarang tetapi itulah yang terbaik dan itulah pentingnya mencari pasangan beragama yang tidak banyak pengalaman bercinta.

Jika sahabat sudah berkahwin dan pasangan sahabat ada banyak pengalaman bercinta, bersangka baik dan lupakan hal yang lalu, itulah yang terbaik.
terdapat satu hadith dari rasulullah:
diriwayatkan Ibn Majah dengan sanadnya yang hasan: (maksudnya) : “Hendaklah kamu mengahwini anak dara. Ini kerana mereka lebih baik perkataannya, lebih subur rahimnya dan lebih redha dengan yang sedikit”.

Itu sebabnya rasulullah pernah menegur sahabatnya yang mengahwini janda.
hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dan Muslim: Kata Jabir: Ayahku mati, meninggalkan tujuh atau sembilan anak perempuan (periwayat kurang pasti). Aku mengahwini seorang wanita janda. RasululLah S.A.W telah bertanya kepadaku: “Engkau telah kahwin wahai Jabir ?” . Jawabku : Ya !. Baginda bertanya : “Anak dara atau janda?”. Jawabku : “Janda”. Sabda baginda: “Mengapa tidak anak dara, engkau bermain dengannya, dia bermain denganmu, engkau menjadikan dia ketawa dan dia menjadikanmu ketawa”. Aku kata kepada baginda: “Sesungguhnya `Abd Allah telah mati dan meninggalkan anak perempuan. Aku tidak suka aku mendatangkan kepada mereka orang yang seperti mereka, maka aku pun kahwin dengan seorang wanita yang dapat mengatur dan menguruskan mereka” Baginda bersabda : “Semoga Allah memberkatimu” atau baginda menyebut sesuatu yang baik.
orang yang terlalu banyak bercinta akan kurang riangnya dalam bercinta. jika dilihat pada hadith ini, cuba bayangkan berapa ramai anak-anak muda yang sudah menjadi janda jiwanya atau duda jiwanya tetapi masih belum berkahwin.


Lantaran dengan sebab itu tidak pelik bila kita berjumpa dengan orang belum berkahwin tapi dia tiada malu dan sudah 'kalis' dengan orang lawan jantina. dia belum berkahwin, tetapi sudah duda atau janda jiwanya.

Kredit kepada :

 BaitulMuslim

0 ulasan:

Catat Ulasan