Mutiara Kata

Kelebihan Bulan Rejab Syaaban dan Ramadhan

AWAS AURAT JANGAN AMBIL MUDAH

Peringatan buat mereka yang alpa dan terleka dengan dunia.

Selasa, 20 Januari 2015

Fenomena CALIPH BUSKERS


( romancinta : AJL )
( romancinta )
( Romancinta Akustik )
( Romancinta - ERA.fm )






( Romancinta @ Konti Hot.fm )
( Caliph Buskers @ MHI TV3 )

Jumaat, 16 Januari 2015

SEDAPNYA ▶▶ SELAMAT MENCUBA



♥♡ Crepe Strawberry ♡♥

bahan-bahan

-20gm tpg gandum

-20gm tepung ubi

-10gm tpg kastard

-10gm tpg jagung

-1 biji telur

-1 sdk myk masak

-1 sdb gula halus

-40ml susu cair

-150ml air

-pwrna kuning

- letak warna pink

-perisa durian - gantikan dg jem strawberry & buah strawberry


Cara-caranya

masuk semua bahan kedalam mangkuk.sebatikan dengan whisk dan tapis..

kalau pekat tambah air sedikit boleh jugak blander..cuma sedikit berbuih..kena hilangkan buih-buih itu dahulu.untuk mengelakkan crepe akan berlubang bila banyak buih..

ambil sesenduk kecil..tuang adunan dlm kuali yangg dipegang.. layangkan kuali agar adunan sekata masak atas api kecil.


masak hingga kering angkat tak perlu terbalikkn semasa mengangkat.


filling


-150ml fresh cream diputar hingga kental

- guna whipping cream

- jem secukupnya

-letakkan fresh cream

Cara-carany pulak

letak jem dan buah strawberry dan letak lagi cream di atasnya. -lipat kiri ke kanan dan atas ke bawah.

letak whipping cream & jem strawberry

letak strawberry yg dah dipotong, kemudian cream lagi...pastikan cream letak lebih sikit...jadi crepe nampak gemok elok bila dilipat

lipat kemas dan simpan dlm peti ais...biar sejuk dan keras creamnya dulu

barulah sedap dimakan.....bila gigit strawberry tu yg buat rasa enak...kena dg jem dan cream....masam manis.....yummmm..

Kredit kepada :


..

Khamis, 15 Januari 2015

Mitos "Cinta Sejati" Yang Wajib Diketahui

BaitulMuslim : "Fantasi Cinta sejati"


"aku akan bertemu dengan cinta sejatiku", "siapakah yang ditakdirkan untukku?", "adakah si dia cinta sejatiku?",  "dia sudah pergi, tiada lagi cinta sejatiku di dunia ini", " hanya dia yang ditakdirkan untukku".

kita biasa mendengar pernyataan ini sama ada di dalam filem cinta hindustan, filem cinta melayu atau dalam kehidupan sebenar. kalau di dalam filem, kita akan melihat hero dan heroin akan menempuh pelbagai rintangan untuk memastikan cinta mereka bersatu, lautan badai sanggup direnangi, sanggup jatuh miskin demi cinta sejati, sanggup membelakangkan keluarga, lari dari rumah dan sebagainya kerana cinta sejati.

Malangnya hal ini tidak hanya terjadi dalam filem sahaja. di kehidupan sebenar, ramai juga anak muda yang terpengaruh dengan doktrin 'cinta sejati'. bagi mereka, tanpa cinta sejati ini, hidup tidak akan bahagia. hidup tidak berguna lagi. ada yang sanggup bercerai kerana 'cinta sejati'.

Maka insan tadi sentiasa berkhayal dan mencari-cari siapakah cinta sejatinya bagi mengejar mimpi yang indah.



Sahabat sekalian,

Hakikatnya 'cinta sejati' tidak wujud!. Ia hanyalah satu khayalan yang diulik dan didodoi di setiap masa dan sepanjang zaman. doktrin yang dipromosikan melalui nyanyian dan filem. seperti mana tidak ada superhero yang boleh terbang atau raksasa yang merosakkan bandar, begitu juga dengan cinta sejati.

Kita tidak pernah diciptakan khusus hanya seorang insan sahaja. tidak pernah ada ayat al-Quran atau hadith yang memberitahu kita bahawa cinta kita hanya untuk seorang insan sahaja. cinta kita adalah berfaktor, bersebab dan boleh dipupuk.

Kerosakan Daripada Doktrin Ini

kepercayaan ini telah banyak membawa kerosakan dalam masyarakat:

pasangan berkahwin merasa tidak bahagia kerana berfikir bahawa orang yang mereka kahwin bukanlah cinta sejati mereka.
seorang anak muda menolak untuk bersama dengan seorang yang berkualiti hanya kerana merasakan bahawa itu bukan cinta sejatinya.

anak-anak muda bercinta monyet yang melompat dari satu percintaan ke percintaan yang lain semata-mata untuk mencari cinta sejati yang tidak kunjung tiba.

maka ramailah yang kecundang dalam mencari cinta sejati yang tidak kunjung datang.

Konsep 'cinta sejati' tidak datang dari budaya Islam. asal usulnya tidak jelas tetapi ia mula disemai dalam masayarat apabila wujud perniagaan novel, nyanyian bermotifkan cinta dan filem filem yang datangnya dari negara-negara yang mengamalkan pergaulan bebas.


selanjutnya dalam tajuk ini:

doakan untuk mendapat jodoh terbaik dan bukannya jodoh yang ditakdirkan.
apa yang dikatakan cinta berfaktor dan boleh dibina.

"kisah pemuda dan buah epal"

persoalan tentang cinta sejati
soalan untuk yang mempercayai cinta sejati

di sini disenaraikan beberapa contoh soalan kepda orang yang mempercayai cinta sejati:

cuba bayangkan wajah seseorang yang dirasakan sebagai cinta sejati sebelum menjawab soalan ini.

1. kalau dia tiba-tiba jatuh miskin dan merempat meminta sedekah, adakah masih ada cinta sejati?

2. jika dia tiba2 kemalangan dan lumpuh, buta dan tidak siuman, adakah masih ada cinta sejati?

3. jika dia murtad dan menjadi seorang pengikut kuat agama lain, adakah masih ada cinta sejati?

4. jika dia menjadi seorang suka berzina dengan orang lain, adakah masih ada cinta sejati?

5. jika sahabat baru mendapat tahu yang dia berjantina sebaliknya, masihkah wujud cinta sejati?

jika jawapan bagi soalan2 ini ialah tidak, maka ini membuktikan cinta sejati kepada pasangan tidak wujud. yang wujud ialah cinta bersebab.

jika semua soalan ini mempunyai jawapan YA, bagi saya sahabat adalah seorang yang gila.

pengalaman saya bertanyakan soalan ini.

semasa saya masih di sekolah menengah berasrama penuh, saya ada bertanyakan seorang kawan saya berkenaan perkara ini. saya masih ingat waktu itu adalah malam hujung minggu dan kelas-kelas sekolah asrama biasa diguanakan untuk dating.

Apabila dia balik dari berjumpa dengan makwenya, saya tanyakan soalan.
"hee Man (nama gelaran untuknya), kalau awek engkau lepas ni berlanggar dan lumpuh, engkau akan cinta kat dia lagi ke?"
dia menjawab "tidak".

saya bertanya lagi "jika dia kemalanagan dan mukanya penuh dengan parut, engkau akan menyintai dia lagi ke?"

dia menjawab "tidak".


saya bersyukur kerana Man menjawab soalan saya dengan jujur. ini bermakna cintanya kepada aweknya adalah cinta bersebab.

cinta sejati hanyalah kepada Allah
sebenarnya sejak dari mula kejadian lagi kita sudah diberikan satu fitrah. fitrah untuk mengenal dan mencintai pencipta kita.

Kita mungkin tidak perasan akan fitrah ini kerana sejak dari awal lagi kita sudah diajar untuk mengenal pencipta, mengetahui sifat-sifatnya, cinta dan beriman kepadaNya.

Sahabat tidak melalui suasana yang dilalui oleh nabi ibrahim yang mana sejak kecil dia tidak pernah dikenalkan kepada penciptanya.

Kisah nabi ibrahim ini dinyatakan dalam al-Quran....
al-an'am
[75]
Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim kebesaran dan kekuasaan (Kami) di langit dan di bumi, dan supaya menjadilah ia dari orang-orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin.
[76]
Maka ketika ia berada pada waktu malam yang gelap, ia melihat sebuah bintang (bersinar-sinar), lalu ia berkata: "Inikah Tuhanku?" Kemudian apabila bintang itu terbenam, ia berkata pula: "Aku tidak suka kepada yang terbenam hilang".
[77]
Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), dia berkata: "Inikah Tuhanku?" Maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia: "Demi sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah aku dari kaum yang sesat".
[78]
Kemudian apabila dia melihat matahari sedang terbit (menyinarkan cahayanya), berkatalah dia: "Inikah Tuhanku? Ini lebih besar". Setelah matahari terbenam, dia berkata pula: ` Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri (bersih) dari apa yang kamu sekutukan (Allah dengannya).
[79]
"Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)".
[80]
Dan ia dibantah oleh kaumnya, ia pun berkata: "Patutkah kamu membantahku mengenai Allah, padahal sesungguhnya Ia telah memberi hidayah petunjuk kepadaku? Dan aku pula tidak takut (akan sebarang bahaya dari) apa yang kamu sekutukan dengan Allah, kecuali Tuhanku menghendaki sesuatu dari bahaya itu. (Sesungguhnya) pengetahuan Tuhanku meliputi tiap-tiap sesuatu, tidakkah kamu mahu (insaf) mengambil pelajaran?
[81]
"Dan bagaimanakah aku hendak takutkan apa yang kamu sekutukan dengan Allah itu (yang tidak dapat mendatangkan sesuatu bahaya), padahal kamu tidak takut bahawa kamu telah sekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan sebarang keterangan kepada kamu mengenainya? Maka yang manakah di antara dua puak itu yang lebih berhak mendapat keamanan (dari bahaya), jika betul kamu mengetahui?"
[82]

Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

kesimpulan dari kisah ini ialah cinta sejati kita kepada Allah adalah suatu yang telah dimasukkan ke dalam hati kita sejak awal lagi.

Sedangkan cinta kita kepada manusia bergantung kepada tempat yang kita dipertemukan dan kriteria yang kita inginkan.

Cinta sejati bermaksud satu kecintaan yang tidak akan berubah walau apapun yang berlaku. dan cinta ini nampaknya hanya dapat dicapai dengan Allah. sedangkan manusia, walau betapa sayangpun kita kepadanya, jika dia melakukan apa yang kita benci, pasti cinta kita kepadanya akan luntur.

Kecintaan sejaati kita kepada Allah adalah kerana Allah adalah pencipta yang tidak pernah berubah dari segala sifatnya. tidak seperti manusia yang mana kita menyintainya apabila dia kaya dan kurang menyintai apabila dia miskin.

Atau menyintainya apabila dia cantik dan dan kurang menyintainya apabila dia tidak cantik. atau menyintainya apabila dia berakhlak baik dan membencinya apabila dia menjadi seorang yang jahat dan berhati busuk.

Allah tidak pernah berubah dari sifat-sifatNya yang maha Kaya, maha Mulia, Maha Bijaksana dan lain-lain lagi.
juga segala perkara malang yang menimpa kita adalah datangnya dari kita dan segala kebaikan yang kita perolehi adalah nikmat dariNya.*

cinta kepada pasangan adalah cinta bersebab.

saya sudah masukkan beberapa persoalan yang boleh diajukan untuk membuktikan bahawa cinta kita bukan cinta sejati tetapi sebenarnya ialah cinta bersebab.

Atas sebab-sebab inilah yang menyebabkan kita menyukai pasangan kita dan juga inilah faktor yang menyebabkan kecintaan kita kepada pasangan kita hilang. perlu saya nyatakan di sini bahawa menyintai seseorang atas sebab sebab tertentu adalah tidak salah bahkan merupakan perkara umum yang dilakukan tetapi cuba dinafikan.

Bahkan rasulullah juga sendiri memberitahu bahawa cinta kita adalah cinta BERSEBAB melalui hadith baginda:

"Wanita dinikahi karena empat faktor. Karena hartanya, nasabnya, kecantikannya, dan karena agamanya. Maka, menangkanlah wanita yang mempunyai agama, engkau akan beruntung"

Al-Hafidz Abi Abdillah Muhammad bin Yazid al-Qazwini bin Majah, Sunan Ibn Ma>jah, Juz I (Beirut: Da>r al-Ih}ya>’ at-Tura>s\ al-’Arabi>, 1395 H), hlm. 597.

Di sini rasulullah menyenaraikan sebab-sebab yang membawa kepada pemilihan pasangan. rasulullah tidak menafikan kriteria yang digunakan untuk memilih pasangan. cuma nasihat rasulullah agar agama dijadikan sebab utama dalam memilih pasangan kerana ia pasti akan membawa kebahagiaan.

satu hadith rasulullah "jangan mengahwini wanita kerana rupa paras yang cantik, mungkin rupa paras itu membawa kehancuran. jangan mengahwini wanita itu kerana hartanya kerana harta itu membawa kepada kezaliman. tetapi kahwinilah wanita itu kerana agamanya. seorang wanita hitam yang menghayati agamanya adalah lebih baik". (ibnu majah).

hatta imam ghazali sendiri menetapkan beberapa kriteria seseorang wanita itu dikahwini:*

kesimpulan penting bagi cinta sejati

jangan silap faham. saya bukan berkata jangan mencintai manusia. menyintai dan menyukai manusia yang lain adalah hal yang disuruh.

Yang dilarang di sini ialah menyintai seseorang dengan membabi buta dan terlalu terpengaruh dengan perasaan sehingga merasakan kebahagian itu hanyalah dengan  si dia.

Ini mengingkari hadith:
Tiga hal yang barang siapa dalam dirinya terdapat tiga hal ini, dia pasti menemukan manisnya Iman: 
(1) Kalau Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai dari selainnya,
(2) Kalau dia mencintai seseorang, tidaklah dicintainya melainkan kerana Allah,
(3) Dan kalau dia benci kembali kepada kekufuran seperti kebenciannya jika dicampakkan ke dalam api”.
(Hadits riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Anas bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Kamu tidak beriman sebelum aku lebih dicintai daripada anaknya, orang tuanya dan manusia seluruhnya”.
Hadits riwayat Bukhari dan Muslim

Barangsiapa memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, dan menikah kerana Allah, maka sempurnalah imannya. (HR. Abu Dawud)

konsep cinta sejati menyebabkan kita bercinta sebelum berkahwin

mitos cinta sejati ini telah mendatangkan masalah yang tidak disedari oleh ramai orang. sebelum kita dijajah dan kemasukkan budaya asing secara berleluasa melalui filem atau drama, pencarian pasangan bagi masyarakat Islam adalah berbeza. anak-anak dara tidak bebas keluar mengikut jantan spertimana sekarang sampai jam 2-3 pagi masih lagi kelihatan di restoran-restoran.

pencarian jodoh pada ketika itu diuruskan oleh pihak keluarga sama ada si ayah atau si ibu. jodoh yang diatur membawa kepada kebahagiaan hingga ke anak cucu. yang peliknya di zaman ini di mana pasangan memiliki kebebasan mencari jodoh masing-masing, kadar perceraian dan masalah rumah tangga berada pada tahap yang membimbangkan.

Mitos cinta sejati ini telah membawa kepada budaya melakukan percubaan atau membeli belah cinta. adakah dia cinta sejatiku? maka berlakulah pertukaran pasangan untuk tujuan 'merasa' cinta atau lebih dari itu. bertukar pasangan semudah monyet melompat dari satu dahan ke dahan yang lain.

Maka dalam proses ini ramailah yang kecundang di pintu cinta, yang dara kehilangan daranya, anak haram dibunuh dan dilempar ke dalam longkang (lebih teruk dari arab jahiliyyah), perempuan hilang benteng pertahanan terakhir iaitu malunya, maruah jatuh  nilai seperti barangan komoditi. yang paling terjejas dalam proses mencari cinta ialah kaum hawa sedangkan kaum adam memperolehi nikmatnya.

Bahaya membandingkan cinta jika kita tidak pernah makan kuih keria, maka kuih keria yang pertama kita makan ialah kuih keria yang paling sedap. jadi bila disebut kuih keria, maka kita menjadikan rasa kuih keria yang baru sekali kita makan itu sebagai standard kuih keria.

Tetapi setelah kita memakan banyak kuih keria dari bermacam tempat, kita akan mula mengatakan "kuih keria ini sedap dan yang itu tidak sedap".

Perumpamaan yang sama adalah untuk cinta. bagi yang tidak pernah bercinta, cinta pertamanya itulah cinta. bila disebut cinta, itulah rasanya. tetapi jika seseorang itu terlalu banyak bercinta, maka dia mula membandingkan cinta.

Dibandingkan cintanya denga pasangannya dan cintanya dengan orang lain. maka mulalah dia boleh mengatakan cinta ini menyeronokkan dan dan cinta yang satu lagi hambar.

Itulah sebabnya cinta yang permulaan mahal harganya. mungkin sukar buat masa sekarang tetapi itulah yang terbaik dan itulah pentingnya mencari pasangan beragama yang tidak banyak pengalaman bercinta.

Jika sahabat sudah berkahwin dan pasangan sahabat ada banyak pengalaman bercinta, bersangka baik dan lupakan hal yang lalu, itulah yang terbaik.
terdapat satu hadith dari rasulullah:
diriwayatkan Ibn Majah dengan sanadnya yang hasan: (maksudnya) : “Hendaklah kamu mengahwini anak dara. Ini kerana mereka lebih baik perkataannya, lebih subur rahimnya dan lebih redha dengan yang sedikit”.

Itu sebabnya rasulullah pernah menegur sahabatnya yang mengahwini janda.
hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dan Muslim: Kata Jabir: Ayahku mati, meninggalkan tujuh atau sembilan anak perempuan (periwayat kurang pasti). Aku mengahwini seorang wanita janda. RasululLah S.A.W telah bertanya kepadaku: “Engkau telah kahwin wahai Jabir ?” . Jawabku : Ya !. Baginda bertanya : “Anak dara atau janda?”. Jawabku : “Janda”. Sabda baginda: “Mengapa tidak anak dara, engkau bermain dengannya, dia bermain denganmu, engkau menjadikan dia ketawa dan dia menjadikanmu ketawa”. Aku kata kepada baginda: “Sesungguhnya `Abd Allah telah mati dan meninggalkan anak perempuan. Aku tidak suka aku mendatangkan kepada mereka orang yang seperti mereka, maka aku pun kahwin dengan seorang wanita yang dapat mengatur dan menguruskan mereka” Baginda bersabda : “Semoga Allah memberkatimu” atau baginda menyebut sesuatu yang baik.
orang yang terlalu banyak bercinta akan kurang riangnya dalam bercinta. jika dilihat pada hadith ini, cuba bayangkan berapa ramai anak-anak muda yang sudah menjadi janda jiwanya atau duda jiwanya tetapi masih belum berkahwin.


Lantaran dengan sebab itu tidak pelik bila kita berjumpa dengan orang belum berkahwin tapi dia tiada malu dan sudah 'kalis' dengan orang lawan jantina. dia belum berkahwin, tetapi sudah duda atau janda jiwanya.

Kredit kepada :

 BaitulMuslim

Rabu, 14 Januari 2015

Hidup Adalah Ujian


~Kebaikan Perlukan Pengorbanan~

"Bila takdir berbicara, lidah kelu tidak terkata. Allah itu Maha Adil, Maha Mengetahui setiap kehendak hamba-NYA. Tarbiyah-NYA penuh hikmah. Bila hati tawakal pada-NYA, ketenangan pasti menyinggah. Tersentuh akan nikmat kasih-NYA pada diri. Katakan pada hati, segalanya punya hikmah yang telah cantik di susun -NYA. Senyum lah selalu walau di uji, walau hati rasa tak mampu dengan ujian. Kita perlukan-NYA lebih dari segala-galanya. Di mana DIA di hatiku? Carilah DIA disetiap langkah"

~Ujian Itu Nikmat, Nikmat Itu Ujian~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang~

Alhamdulillah, hari ini diberi kesempatan untuk terus bernafas di bumi Allah..

.:Untuk diriku + dirimu = kita semua~:.

Melihat kepada cuaca sekarang, hujan tanpa henti dan tiadanya matahari berpanjangan.. Ramai diantara kita yang diuji dengan kesihatan.. Demam, batuk, selsema dan sebagainya berikutan cuaca..Tidak kurang juga untuk yang diuji dengan ujian-ujian atas kemapuan kalian..

Bila difikir2 semula, itu adalah mehnah dari Allah untuk hamba2-Nya yang terpilih...Sesungguhnya sakit itu penghapus dosa..Bersyukurlah setinggi-tinggi syukur kpd Allah atas nikmat ujianNya kepada kita...

“Tiada seorang mu’min yang rasa sakit, kelelahan (kepayahan), diserang penyaki tatau kesedihan (kesusahan) sampai duri yang menusuk (tubuhnya) kecuali dengan itu Allah menghapus dosa-dosanya” (HR. Bukhari).

Dan bila mana kita sakit, itu juga adalah ujian di atas kemampuan kita sendiri..sesungguhnya Allah takkan menguji kita atas kemampuan kita sendiri...Jangan hiasi mehnah yang bernilai itu dengan keluh kesah mahupun perasaan tidak redha dengan ketentuan Ilahi..Dia adalah Pencipta kita, hamba2Nya, dan Dia lah juga yang tahu sebaik2 perkara untuk kita..

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (2:286)

Bersyukurlah bila kita dijuji dengan sesuatu ujian, kerana itu kemampuan kita. Itu juga tanda sayangnya Pencipta sekalian alam kepada kita, hambaNya..


Bila mana kita rasa terus-terus diberikan nikmat tanpa rasa diuji, disitu sedarlah Allah beri kita segenap waktu menikmati nikmatNya itu dan itu juga adalah sebenar ujian yg ramai tidak sedar..
Bersyukurlah, Bersyukurlah, Bersyukurlah..krn, bila-bila masa yg dikehendakiNya, nikmat itu boleh ditarik semula..

(Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya), dan Ia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian samada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman. (30 :37 )


Nikmat itulah ujian yang sering membuat kita alpa dan terlupa dari mana datangnya kesenangan yang dimiliki.

Namun pada hakikat sebenar, nikmat dan ujian terdapat dalam kedua2 keadaan, dan beruntunglah bagi mereka yang sentiasa menjinakkan hati untuk bersyukur dan mentaati Rabbul'Izati..




kredit kepada
myheartinislam.blogspot.com

Selasa, 13 Januari 2015

Kepada Pemilik Samsung : Wajib Baca

( gambar sekadar hiasan jer )


 




Sinarharian : SAMSUNG didirikan oleh Lee Byung-chull pada 1938 sebagai syarikat perdagangan makanan.

Samsung ketika itu menghasilkan produk mi dan beribu pejabat di wilayah Daegu, Korea Selatan.

Perniagaan ini berjaya dan kemudian berpindah ibu pejabat ke Seoul. Setelah perang Korea selesai, Samsung mula melebarkan sayap perniagaannya.

Pada 1954, Samsung membangunkan kilang pakaian kapas terbesar di Korea Selatan. Berjaya di bidang perniagaan yang dirintisnya, Samsung akhirnya masuk ke perniagaan elektronik pada 1960.

Produk pertama mereka adalah televisyen berlayar hitam putih.

Mengikut bahasa Korea, Samsung bermakna tiga bintang dan dikenali sebagai salah satu daripada 10 jenama terkenal di dunia.

Kini Samsung ialah salah satu organisasi terbesar di Korea Selatan dan berada pada kedudukan 20 di dunia.

Di Korea, Samsung mempunyai peranan ekonomi yang sangat penting bagi Korea Selatan.

Dianggarkan, 17 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah daripada Samsung.

Produk dan perkhidmatan buatan Samsung juga mempengaruhi kehidupan masyarakat Korea Selatan daripada telefon pintar, tempat tinggal sehinggalah perlindungan insurans daripada Samsung.

Bahkan ada beranggapan Pengerusi Samsung lebih berkuasa berbanding presiden Korea Selatan.

Bagi pasaran di Malaysia, jenama Samsung dikenali ramai menerusi jualan telefon pintar yang menjadi antara pilihan teratas di kalangan pengguna.

Antara jenama telefon pintar keluaran Samsung adalah Samsung Galaxy, Samsung Note, Samsung Neo dan Samsung Galaxy Tab.

Sumber :

SINAR HARIAN ONLINE

Isnin, 12 Januari 2015

SENI VISUAL YANG MENGKAGUMKAN !

Nampak agak sukar namun hakikatnya penghasilan seni visual ini hanyalah menggunakan helaian kertas semata-mata dengan corak yg tersangat menarik...tapi untuk peringkat murid sekolah mungkin agak tidak sesuai utk dilaksanakan dlm matapelajaran Seni Visual...







kredit kepada

Ahad, 11 Januari 2015

Selalu Berdoa Tetapi ........ ???


Pesanan Ibrahim Adham(Seorang sufi) berkenaan perbuatan yang yang menyebabkan doa kita terhalang dari dimakbulkan olehNya.

Saya percaya kita mungkin pernah baca kisah ini tapi ini sekadar peringatan untuk diri dan renungan bersama.

Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.” (Al-Mu’minun : 60)

Allah telah berjanji, tapi hairan,mengapa doa-doa kita langsung tidak memberikan sebarang kesan. Apa kita minta dan doa hari-hari, tak pernah kita dapat. Di mana silapnya? “Mengapa doaku tak di kabul?”

Pertanyaan ini sebenarnya pernah dilontarkan kepada seorang ahli sufi dan wali terkenal, Ibrahim bin Adham. Apabila ditanya “Mengapa doa tidak dikabulkan?”.

Lantas Ibrahim Adham pun menjawab, “Doa tidak dikabulkan kerana hati kamu telah mati.” Lalu ditanyakan lagi, “Apa yang boleh mematikan hati?”. Beliau menjawab, “Ada lapan perkara, diantaranya:

    * Kamu mengetahui hak Allah, tapi kamu tetap tidak menunaikan hakNya itu. (Malah ada ramai pun yang tak tahu apakah itu hak-hak Allah yang perlu kita tunaikan, tahukah anda?)

    * Kamu membaca Al-Qur’an tetapi kamu tidak mengamalkan hukum-Nya. (Yang baca Quran memang OK, tapi bacakah ayat dan terjemahannya sekali ?  Baca Quran pun jarang sekali, tapi mengharapkan doa dimakbulkan…)

    * Kamu mengatakan cinta Rasulullah tetapi kamu tidak mengamalkan sunnahnya. (Kita ni jangan kata cinta, sesetengahnya malah memperlekeh sunnah-sunnah Nabi SAW. Kata sunnah dah ketinggalan zaman dan sebagainya.)

    * Kamu mengatakan takut mati tetapi masih tidak mempersiapkan diri untuk menghadapi mati. (Bersediakah anda untuk mati? Apa bekalan yang kita dah persiapkan?)

    * Kamu mengakui bahawa syaitan itu musuh, tetapi kamu ikut perangai syaitan. (Cuba periksa diri, apakah perangai syaitan yang ada dalam diri kita?)

    * Kamu selalu berdoa supaya terhindar dari api neraka, tapi kamu sendiri yang melemparkan dirimu ke dalamnya. (Doa minta jauh azab neraka kononnya, tapi dosa dan maksiat kita buat dengan selamba jer. Boleh makbul ker doa kita?)

    * Kamu ingin memasuki Syurga, tapi kamu masih tidak melakukan amal soleh. (Kita hari-hari minta doa untuk masuk syurga, tapi buat amal ibadat malas. Solat kita cuaikan, solat sunat jarang sekali, quran kita tak baca, zikir memang tak buat, sedekah amal jariah kita kedekut taik hidung masin. Tapi kata nak syurga. Macammana tu?)

    * Kamu sibuk memikirkan kesalahan dan keburukan orang lain, sedangkan keburukan dan kesalahan diri sendiri tidak pernah kamu hiraukan. (Asyik-asyik kata orang ni salah, orang ni tak betul. Kutuk sana kutuk sini. Tapi rupa-rupanya 'mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih')

    * Kamu mendapat pelbagai kenikmatan yang diberikan Allah swt, tetapi kamu tidak pernah bersyukur dengan mematuhi segala perintah Allah. (Tubuh badan sihat sokmo, perut kenyang sentiasa, tapi 'Alhamdulillah' pun tak boleh nak ucap.)

    * Kamu menguburkan jenazah orang lain, tapi tidak menginsafi diri kamu sendiri bahawa kelak kamu juga akan dikuburkan. (Tengok berita atau baca cerita pasal orang mati hari-hari, tapi tak pernah rasa insaf melihat kematian. Kita duk rasa nyawa kita panjang lagi. Kita rasa kita boleh hidup lama lagi. Lantas kita menjadi begitu culas dalam membuat bekalan hari kemudian.)


“Jika begitu, bagaimana mungkin Allah dapat mengkabulkan doa kamu?”

Kereta Tanpa Pemandu ?


Inilah punca sebenar kesesakan jalan berhampiran dgn Flamingo Ampang menghala ke Wangsa Maju..

'pameran kete terjun' ke parit di showroom Ford....

"Difahamkan waktu kejadian, tiada kecederaan berlaku kerana tiada pemandu...sekian"



Sabtu, 10 Januari 2015

Jubah Untuk Ibu


Apa nak jadi dengan kau ni Along Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku? marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun. Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah? leter ibu lagi.

Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi?

Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!Jerkah ibu. Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang. Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang nah, rasakan! Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali kali jugaklah Along menjer  . kesakitan.Sakit bu, sakit…maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi.

Bu, jangan pukul bu..sakit bu..Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit? Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu.

Bu, ampunkan Along bu,bukan Along yang mulakan, bukan Along bu, sakit bu..!!, rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.

Malam itu, Along berjaga sepanjang malam.. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya. Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah..

Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini. Along merebahkan badannya.

Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di
wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga.

Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka.

Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!? Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu. Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya. Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?

Eh jangan, nanti dulu… Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!, si ibu bersuara lembut. Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan…anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya.. bisik hati kecil Along. Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?, soalnya lagi masih belum berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum.

Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan. Oooo.. patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?. Along terkejut mendengar soalan Atih. Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!, terang si ibu.Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni dekat Along pun.., soal Atih lagi.

Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak. Dia mengakui kebenaran kata kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya. Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas., arah ibu. Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.

Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik.

Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni.. Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya. Laa..kau ke, apa kau buat kat sini?, tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz. Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?, soalnya pula. Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku, jelas Along jujur. Waa..bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku bagi less 50%. Macam mana?

Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu. Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!, Along meminta kepastian. Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!, balas Fariz meyakinkannya. Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni. Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk mahunya sambil tersenyum. Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit. Kata Fariz . Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu.

Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi.Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?, soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu. Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu. Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!, pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.

Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja.

Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya. Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?, soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan. Ć¢€Å“Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah.. leter ibu lagi. Along hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.

Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati. Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu. Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM. Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja. Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la.

Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu”, sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh. Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya.

Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru.. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat.

Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu. Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari justeru dia terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan.

Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal dengan upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu. Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar.

Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali terpandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.

Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma. Azam, kalau aku tanya kau jangan marah k! soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu.

Macam serius jer bunyinya Abang Joe? Along kehairanan.Sebenarnya, kau lari dari rumah kan?  Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulut tersembur keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air. Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents? Tanya Abang Joe lagi cuba menduga.

Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih.Azam, kau ada cita-cita tak ataupun impian ker? Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi. Ada. jawab Along pendek.Kau nak jadi apa besar nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku atau apa?

Along menggeleng-gelengkan kepala. semua tak.Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya. Jawab Along disusuli ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu. Ala, gurau ja la Abang Joe… Sebenarnya, saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan saya nak jadi anak yang soleh!. Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.

Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi.Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah …terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni, ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan
keluarga.

Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak. Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe. Kata Along lagi. Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?, soal Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi. 

Along hanya senyum memandangnya.Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju. Balasnya dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh.

Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana , tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut. Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ke?, soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu. Along hanya tersengeh menampakkan giginya. Zam, mak kau marah kau lagi ke?

Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?Tak pe lah, perkara dah berlalu.lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni”, terang Along dengan tenang. Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah”, kata Fariz lagi. Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah.Zam..kau ni..aku ok, lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah lama tu.

Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu. Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, k!, pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu. No problem, tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke? , soal Fariz ingin tahu. Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia”, terang Along. Abang Joe mana ni?Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!, jelas Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk ..Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?

Hari ni laĆ¢..balas Along.Ooo hari lahir ibu kau hari ni ek?Bukan, minggu depan.Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?, soal Fariz lagi. Aku rasa hari ni je yang yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi. Jawabnya sambil mengukir senyum.

Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II.

Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak. Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakai mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya, Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu.

Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya.

Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih digenggamannya itu. Ha..hadiah untuk ibu, ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil dicium berkali-kali.

Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.

Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca. ˜Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap along selama ini. Andai along melukakan hati ibu, along pinta sejuta kemaafan.

Terimalah maaf along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu dan terimalah hadiah ini..UNTUKMU IBU! Kad itu dilipat dan dicium. Air mata yang bermanik mula berjurai membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan.

Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini. Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami.. Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh.

Bapa Azam seorang pembunuh dan dia jugak cakap, ibunya seorang perempuan gila.. cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik. Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz? Soalnya dengan sedu sedan. Sebab..dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa
dulu. 

Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula….Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.

Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap derhaka.

Kredit kepada

10 Karya Ilustrasi Rusydee Artz











Kisah Hati : Air Mata Seorang Guru



Kisah Sedih! Mengalirnya Air Mata Seorang Guru (Menarik!) |

Tanggal 16 mei merupakan hari bersejarah bagi seorang guru. Hari bagi memperingati jasa dan pengorbanan seorang guru dalam mendidik jiwa manusia pada hari ini. Ada sebuah kisah tentang seorang guru yang dikenali sebagai Cikgu Ibrahim. Perjalanan kariernya sebagai seorang guru-guru benar-benar membuatkan dirinya sentiasa mengalirkan air mata apabila mengenangkan anak muridnya. Apakah kisah tersebut?

Selamat Hari Guru

Alkisah Cikgu Ibrahim.. Cikgu Ibrahim mengajar di sebuah sekolah rendah. Di depan kelas darjah 4 pada hari pertama persekolahan, beliau memberitahu para pelajar satu pembohongan.

Seperti guru-guru yang lain, Cikgu Ibrahim memberitahu para pelajarnya bahawa beliau sayang mereka secara setara. Tapi mustahil, kerana di depan kelasnya ada seorang pelajar lelaki bernama Jimmy yang tidak bermaya dan lemah semangat.

Cikgu Ibrahim telah memperhatikan Jimmy sejak tahun lepas. Dia ini tak bergaul dengan rakan-rakan sekolah dan suka menyendiri. Pakaiannya dan rambutnya tidak terurus. Nampak comot dan kurang bersih. Cikgu Ibrahim tidak suka kepadanya.

Cikgu Ibrahim tidak berniat nak mengajar Jimmy. Kerja rumahnya yang teruk dipangkah “X” dengan besar-besar tanpa diajar. Peperiksaan bila Jimmy gagal, Cikgu Ibrahim sudi menulis dengan pen warna merah. Kadang-kala terasa juga nak tulis “Padan Muka!” di atas kertas tersebut.

Tiba masa untuk menulis rekod pelajar pertengahan tahun. Cikgu Ibrahim meninggalkan buku rekod Jimmy di bahagian terakhir. Menyampah nak baca dan tulis untuk pelajar yang malas, tak bermaya, tak terurus dan dibencinya ini.

Cikgu Ibrahim menyiapkan laporan untuk pelajar-pelajar yang lain dahulu. Akhirnya tiba giliran buku rekod Jimmy.

Mahu tidak mahu, Cikgu Ibrahim terpaksa membaca rekod Jimmy sejak Darjah 1 sehinggalah sekarang sebelum mencatat prestasi Jimmy berdasarkan pengamatan beliau.

Darjah 1:
“Jimmy seorang pelajar yang sangat pintar dan kemas kerjanya. Senyumannya begitu bersemangat sehinggakan seluruh kelas mencontohi tingkahlaku beliau. Beliau mendapat tempat nombor 1 di sekolah dan aktif dalam sukan.”

Darjah 2:
“Jimmy seorang pelajar yang sangat disukai semua guru dan rakan-rakan sekolah. Jimmy masih mengekalkan keputusan cemerlangnya meskipun bapanya terkena penyakit kronik dan ibunya terpaksa sara keluarga. Kehidupan di rumahnya tentu mencabar.”

Darjah 3:
“Bapa Jimmy meninggal. Jimmy cuba sedaya untuk fokus tapi ibunya kerana terpaksa sara keluarga terus mengabaikannya. Bantuan mesti diberikan jika tidak kehidupan keluarga akan ada negatif impak pada Jimmy. Keputusan Jimmy dah mula merundum dan lebih menyendiri. Jimmy dah mula tak buat kerja rumah dan tidur di dalam kelas.”

Setelah membaca ketiga-tiga laporan itu, Cikgu Ibrahim berasa bersalah mempunyai sangka buruk pada Jimmy sejak awal. Beliau sebak seketika dan tidak menulis laporan dalam buku rekod Jimmy.

Rupa-rupanya Jimmy jadi begitu ada kisahnya – Cikgu Ibrahim berasa malu.

Pada sambutan Hari Guru, Cikgu Ibrahim menerima hadiah daripada semua pelajar dalam kelasnya termasuk dari Jimmy. Semua hadiah dibungkus dengan cantik kecuali hadiah Jimmy yang hanya dibalut dengan kertas kuning comot.

Cikgu Ibrahim memilih untuk membuka hadiah Jimmy dulu di depan kelas. Rakan-rakan sekelasnya ketawa hadiah comot yang dihadiah oleh Jimmy. Dalamnya ada satu cincin dan sekotak bedak usang.

Cikgu Ibrahim menyuruh kelasnya diam. Beliau memakai cincin tersebut dan meletakkan sedikit bedak di lehernya.

Jimmy tersenyum tapi tidak berkata apa-apa. Ini pertama kali Cikgu Ibrahim melihat Jimmy tersenym.

Selepas habis sekolah, Cikgu Ibrahim terserempak Jimmy yang menunggu di tepi keretanya seorang diri.

“Apa hal Jimmy?”

“Tak ada apa. Cuma nak beritahu, Cikgu hari ini bau dan nampak seperti bapa saya. Terima kasih,” kata Jimmy sebelum beredar.

Masya-Allah. Mata Cikgu Ibrahim menjadi merah.

Mulai hari itu, Jimmy menjadi pelajar yang diberi perhatian khusus oleh Cikgu Ibrahim. Cikgu Ibrahim berhenti mengajar matematik, menulis dan membaca. Beliau kini mula mendidik para pelajarnya sebagai seorang ibubapa.

Hubungan Cikgu Ibrahim dengan Jimmy bertambah baik. Jimmy memberikan perhatian dalam kelas dan setiap kata Cikgu Ibrahim. Pada akhir tahun, Jimmy kembali mendapat nombor 1 di dalam sekolah.

Pada akhir tahun darjah 4, Jimmy meninggalkan sekeping nota di kereta Cikgu Ibrahim.

“Cikgu adalah cikgu terbaik di dalam hidup saya. Dalam pepatah Cina, satu hari sebagai cikgu saya ialah sama dengan seumur hidup menjadi bapa saya. Saya sayang cikgu. Terima kasih kerana memakai bedak dan cincin bapa saya. Akhirnya, saya jumpa bapa saya kembali ke sisi saya.”

Cikgu Ibrahim sekali lagi menitis air mata.

Semenjak itu, Cikgu Ibrahim dan Jimmy menjadi sangat rapat sehinggalah ke sekolah menengah yang hanya di depan sekolah rendah. Setiap kali Jimmy mendapat keputusan cemerlang, Jimmy akan mengirimkan nota, “Cikgu masih cikgu terbaik dalam hidup saya. Tanpa cikgu, takkan ada Jimmy hari ini.”

Sebelum Jimmy ke Universiti di sebelah selatan, Cikgu Ibrahim mengajak Jimmy berjumpa untuk memberikan sedikit duit sebagai bekalan.

“Cikgu harap hubungan ini berterusan sampai akhir hayat,” kata Cikgu Ibrahim.

Jimmy berfikir sejenak…

“Apa kata cikgu jadi ayah angkat saya? Macam ini, pasti takkan putus hubungan,” kata Jimmy.

“Cikgu dah lama anggap Jimmy sebagai anak. Cuma Jimmy tak panggil ayah saja lagi,” jawab Cikgu Ibrahim.

Jimmy terus memeluk Cikgu Ibrahim, “Ayah. Saya dah lama nak panggil ayah. Sejak bapa tiada, anakanda dah lama anggap cikgu sebagai ayah. Kalau bukan ayah masih percayakan anakanda darjah 4 dulu, anakanda dah tak tahu hanyut ke mana.”

“Terima kasih anakanda. Ayah yang patut ucap terima kasih. Ayah selama ini tak tahu mendidik sehinggalah ayah terjumpa anakanda darjah 4 lalu,” jawab Cikgu Ibrahim.

Kredit kpd
i-malaysiakini.com