Khamis, 21 Mei 2015

Rahsia Lirik Lagu 'Kun Anta' Satu Fenomena



Sejak lagu Kun Anta dimuatnaik di youtube, ramai anak muda yang mula terpesona dengan irama dan alunan lagu tersebut sehingga ada yang memainkan semula lagu itu mengikut versi masing-masing. Walaupun lagu itu dalam bahasa arab, tetapi keunikan rentak lagu tersebut membuatkan sesiapa yang mendengarkannya pasti terhibur.

Sedikit kisah tentang penyanyi KUN ANTA :

Humood Alkhuder merupakan seorang artis / penyanyi yang lahir di Kuwait pada tahun 1989 . Humood dibesarkan di dalam keluarga yang pandai dan berpendidikan dengan mak dan ayahnya yang penyayang.

Siapa Humood Alkhuder ?

Ayah kepada Humood merupakan seorang profesor dalam bidang psikologi dan menerima ijazah PhD dari Great Britain .Di sanalah Humood banyak menghabiskan sebahagian besar zaman kanak-kanaknya.
Ibu Humood pula merupakan seorang yang mesra , berpendidikan dan kreatif .

Humood suka berada bersama ibunya untuk mendengar nasihat-nasihat untuk memperbaiki dirinya . Ibunya sentiasa akan menolak Humood ke depan untuk mencapai matlamat dalam hidupnya .Ibu Humood merupakan pengaruh yang besar dan pemberi dorongan dalam sepanjang hidupnya .

Humood sering memberikan perhatian penuh dalam bidang seni . Beliau merasakan seperti ketagih dengan apa-apa yang kelihatan indah di dunia ini . Kerana itulah apabila beliau melihat dalam dirinya , muzik adalah yang pertama .

Humood percaya setiap insan di muka bumi ini mempunyai kekuatan . Orang yang pintar adalah orang yang menggunakan semua potensi yang ada pada mereka kepada sesuatu yang berfaedah .

Humood merasakan Allah S.W.T telah menganugerahkan suara yang merdu dan bakat kepadanya . Beliau telah mencuba dengan sedaya upaya semenjak dari berumur 10 tahun untuk meningkatkan kemahiran dalam dirinya untuk menyumbangkan sesuatu yang berguna dalam dunia ini.

Bapa saudara kepada Humood merupakan seorang artis yang terkenal . Humood sering mengikut bapa saudaranya itu ke studio dan memerhatikan apa yang dibuat . Humood melihat cara bapa saudaranya menulis lirik , membuat irama , mengumpulkan vokal dan meberikan persembahan di atas pentas .

Humood belajar dari pengalaman bapa saudaranya , yang amat berguna dalam dirinya untuk mencapai kejayaan . Selepas itu , Humood mendapat beberapa tawaran daripada artis-artis untuk turut serta dalam album mereka dan tidak pernah terlepas sebarang peluang dan memberikan usaha menyanyi yang terbaik.

Uji bakat pertama Humood sangat memberangsangkan . Dengan tindak balas positif yang diberikan daripada penonton akan sentiasa menjadi inspirasi untuk meningkatkan dan menyumbangkan lebih banyak lagu darinya dalam bidang seni ini.

Sumber drp : BLOGPARIHH

http://www.blogparihh.com/2015/04/siapa-humood-alkhuder.html?m=1

Maksud lirik Kun Anta :

Klik di sini : RAHSIA LIRIK KUN ANTA

Apapun muzik itu sememangnya universal.

Lihat saja lagu KUN ANTA ini dinyanyikan oleh anak muda yang begitu teruja.

(versi sheryl shazwanie)

( versi hisham lois )

p/s : Sesekali layan lagu arab pun sedap drp melayan lagu2 k-pop.

0 ulasan:

Catat Ulasan