TANDA-TANDA STRESS
Stress merupakan suatu perkara
yang sering mengganggu kecerian dalam kehidupan seseorang. Seringkali ketika
stress manusia hilang keceriaan di dalam kehidupan. Keceriaan di dalam hidup
seseorang itu akan hilang secara mendadak apabila mengalami stress. Stress
merupakan salah satu tekanan yang hadir di dalam diri seseorang akibat daripada
masalah yang dihadapi oleh seseorang.
Sebenarnya stress berpunca daripada pelbagai
faktor. Antara faktor yang sering dikaitkan apabila seseorang itu mengalami
stress adalah disebabkan oleh faktor diri sendiri, persekitaran sosial,
perasaan dan psikologi, biologikal dan banyak lagi faktor-faktor lain.
Apabila individi mengalami
stress, seringkali akan memberi tanda-tanda kepada fizikal, psikologi dan
tingkah laku. Secara ringkasnya tanda-tanda stress boleh diklasifikasikan
kepada tiga jenis iaitu tanda-tanda fizikal, tanda-tanda psikologi dan
tanda-tanda tingkah laku.
Tanda-tanda Fizikal
Individu yang mengalami stress
selalunya akan mengalami masalah atau perubahan secara mendadak kepada fizikal.
Apabila mengalami stress individu seringkali akan mengalami beberapa masalah
antaranya adalah sakit kepala. Sakit kepala berlaku apabila seseorang itu
sering memikirkan masalah dan stress yang dihadapi. Sakit kepala bergantung
kepada tahap stress seseorang dan ada yang mengalami sakit kepala yang teruk
sehingga menyebabkan penyakit migraine.
Tanda fizikal seterusnya yang dialami oleh
individu yang mengalami stress adalah kesukaran untuk tidur. Individu yang
mengalami stress selalunya akan bermasalah di dalam tidurnya dan seringkali
masa tidurnya terganggu. Mereka tidak boleh tidur semasa waktu malam dan akan
tidur secara sendirinya apabila badan terlalu letih.
Selain itu, terdapat juga perubahan kepada
selera makan apabila seseorang itu mengalami stress. Seseorang yang dahulunya
sangat berselera ketika makan akan berubah kepada tiada selera untuk makan
apabila mengalami stress dan sebaliknya. Ada juga individu yang sangat
berselera ketika makan apabila mengalami stress. Banyak kes yang berlaku
individu yang sering mengalami stress memiliki berat badan yang berlebihan dan
dilabelkan sebagai individu yang obesiti.
Individu yang mengalami stress juga cenderung
kepada cepat letih. Walaupun mereka tidak melakukan aktiviti atau kerja yang
berat tetapi badannya sering cepat letih. Keadaan ini berlaku akibat terlalu
tinggi tahap stress seseorang itu. Walaupun tidak berlaku gerakan yang banyak
kepada tubuh badan seseorang tetapi minda seseorang yang mengalami stress itu
terlalu banyak perkara yang difikirkan. Oleh hal demikian, badan orang yang
mengalami stress cepat menjadi letih.
Tanda yang berikutnya adalah seringkali
seseorang yang mengalami stress akan mengalami jantung berdebar-debar. Jantung
berdebar-debar akan terjadi secara tiba-tiba tanpa seseorang itu mengalami
tekanan ataupun melihat sesuatu yang menakutkan.
” Apabila Stress kelenjar adrenal
merembeskan hormon adrenalin dan kortisol, ia meningkatkan kadar denyutan
jantung dan tekanan darah serta kandungan gula ” ( Datuk Dr Ahmad Shukri Md
Salleh, Ketua Jabatan Perubatan Hospital Putrajaya)
Akibat daripada stress, seseorang
itu juga mudah mengalami sakit-sakit badan yang kurang jelas puncanya. Walaupun
pada hakikat sebenar seseorang itu tidak mengalami sebarang masalah kesihatan
tetapi pada masa stress mereka selalunya mengalami sakit-sakit badan.
Sakit-sakit badan yang dialami bukanlah akibat daripada masalah kesihatan
tetapi kesan daripada stress yang dialami.
Tanda-tanda
Psikologi
Individu yang mengalami stress
juga akan mengalami perubahan kepada psikologi. Apabila seseorang itu stress,
selalunya seseorang itu akan mengalami kegelisahan perasaan. Kegelisahan itu
dialami tanpa punca atau erti kata lain secara tiba-tiba akan mengalami
gelisah. Kegelisahan sering memberi kesan yang tidak baik kepada seseorang.
Seterusnya, individu yang mengalami stress
juga turut merasa dirinya sangat bosan. Perkara ini selalunya berlaku apabila
mereka yang stress duduk bersendirian di tempat yang senyap dan tiada orang.
Stress semakin bertambah dan tahap bosan juga boleh menyebabkan emosi seseorang
itu semakin meningkat.
Kemurungan atau dalam Bahasa Inggerisnya
“moody” seringkali berlaku apabila seseorang itu mengalami stress. Individu
yang mengalami kemurungan boleh diketahui oleh rakan-rakan atau ahli keluarga
yang terdekat. Sifat murung akan terserlah apabila seseorang itu seringa
mengalami stress. Stress yang tinggi menyebabkan semakin tinggi tahap
kemurungan seseorang itu.
Tanda yang berikutnya kepada psikologi
seseorang yang mengalami stress adalah mudah marah. Seseorang yang mengalami
stress akan mudah marah kepada seseorang walaupun seseorang itu tidak bersalah.
Marah akan hadir secara tiba-tiba tanpa sebab yang munasabah. Seeloknya
individu yang mengalami stress tidak perlu berhadapan dengan orang ramai kerana
itu mungkin akan menambahkan lagi tahap stress yang dialaminya. Individu yang
mengalami stress tidak boleh bersesak-sesak dengan orang ramai sebagai contoh
menaiki tren dengan dipenuhi ramai orang. Emosi seseorang yang mengalami stress
itu akan semakin terganggu dan hal ini menyebabkan mereka cepat marah.
Perkara yang sangat membimbangkan pada
seseorang yang mengalami stress adalah mudah lupa. Individu yang mengalami
stress cenderung untuk mudah lupa dengan ilmu atau ingatan yang disimpan di
kotak fikirannya selama ini. Oleh itu, banyak kes yang berlaku pelajar yang
mengalami stress yang terlalu banyak mendapat keputusan yang kurang cemerlang
di dalam peperiksaan.
Tanda-tanda Tingkah Laku
Bagi individu yang merokok,
apabila mereka mengalami stress kecenderungan untuk merokok itu akan lebih
tinggi. Individu yang terlalu stress akan merokok secara berlebihan. Mereka
beranggapan bahawa merokok secara berlebihan boleh menghilangkan stress. Pada
hakikat sebenar merokok secara berlebihan bukanlah dapat menghilangkan stress
tetapi boleh meningkatkan stress dan kesihatan boleh terganggu.
Perkara yang paling berbahaya apabila
seseorang yang mengalami stress adalah mereka cenderung untuk bertingkah laku
seperti mengambil ubat-ubatan yang tidak terkawal. Ada yang mengambil ubat
tanpa mengikut sukatan yang telah ditetapkan oleh doktor. Sebagai contoh,
individu yang susah untuk tidur apabila mengalami stress cenderung untuk
mengambil ubat tidur yang berlebihan bagi memaksa dirinya untuk tidur. Keadaan
ini boleh menyebabkan kesihatan mereka terjejas.
Ada juga kes seseorang yang mengalami stress
terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan alkohol. Mereka mudah terpengaruh
dengan ajakan rakan untuk bertingkah laku sedemikian. Hal ini berlaku kerana
meraka terlalu stress dan menganggap tindakan itu boleh menghilangkan stress yang
dialami. Pada hakikat sebenarnya tindakan yang dilakukan itu tidak betul dan
boleh merosakkan masa depan mereka. Tanpa berfikir panjang mereka yang
mengalami stress mudah terpengaruh dengan penyalahgunaan dadah dan alkohol.
Mereka yang mengalami stress juga akan
melakukan tindakan di luar kawalan seperti membunuh diri. Membunuh diri akibat
stress yang di alami merupakan peringkat stress yang paling teruk dan sangat
membahayakan. Individu yang mengalami stress yang melampau akan cenderung
melakukan perkara di luar jangkaan iaitu membunuh diri. Banyak kes bunuh diri
yang berlaku di seluruh dunia akibat daripada stress yang dialami. Jika stress
tidak dapat dikawal dengan baik seseorang itu akan mudah untuk cenderung kepada
bunuh diri.
Kesan Stress
Stress jika tidak dikawal mungkin
memberikan banyak kesan buruk kepada diri dan orang lain. Jadi, pengawalan
stress adalah perlu bagi mengelakkan berlakunya perkara yang lebih buruk lagi
akibat stress.
sumber
http://www.blogammar.com/tanda-tanda-stress/
0 ulasan:
Catat Ulasan