Mutiara Kata

Kelebihan Bulan Rejab Syaaban dan Ramadhan

AWAS AURAT JANGAN AMBIL MUDAH

Peringatan buat mereka yang alpa dan terleka dengan dunia.

Selasa, 28 April 2015

KOLEKSI MUTIARA KATA


















Khamis, 23 April 2015

Ust Don : Saat Kewafatan Nabi Muhammad S.A.W


AR@media network

Luangkan masa untuk mendengar kisah yang pasti menyentuh hati.

Sabtu, 18 April 2015

5 Bahaya terhasil daripada sifat takabbur atau ego


Kesombongan atau takabbur merupakan suatu perasaan yang apabila ia timbul dan tidak dikendalikan dengan baik dan penuh keinsafan, akan menjadikan pemiliknya amat kerugian.

1. Sikap ini mampu menjadi penghalang bagi seseorang untuk ditempatkan di dalam syurga, disebabkan sifat ini menjadi pemisah antara seseorang dengan akhlak dan budi pekerti kaum mukmin keseluruhannya.

Sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini, takabbur atau sombong adalah rasa tinggi diri berbanding dengan orang lain. Seseorang yang memiliki sifat ini sudah pasti tidak mempunyai perasaan menyayangi saudara mukminnya yang lain sebagaimana dia menyayangi dirinya sendiri.

2. Orang yang sombong juga tidak akan dapat meninggalkan perasaan dendam, memberi nasihat kepada saudara muslim yang lain secara jujur atau ikhlas dan tidak dapat melaksanakan budi pekerti yang baik.

3. Sifat sombong atau takabbur juga sebenarnya menyebabkan seseorang itu awal-awal lagi akan disisihkan oleh Allah swt di dunia sebagaimana firman-Nya yang bermaksud;

“Nanti Aku palingkan daripada ayat-ayatKu orang-orang yang sombong di muka bumi tanpa kebenaran.” (Al-A’raf: 146)

4. Selain itu natijah kesombongan juga, menyebabkan pintu hati pengamalnya tertutup dari menerima hidayah dan kebaikan dari Allah sebagaimana firman Allah yang bermaksud;

“Demikianlah Allah menutup tiap-tiap hati orang yang sombong lagi ganas (memaksa rakyat).” (Surah Al-Mukmin : 35)

5. Apa yang lebih malang, pemilik sifat takabbur yang menafikan hak-hak Allah akan ditempatkan ke dalam neraka seiring dengan firman Allah yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan dirinya dari menyembahKu, mereka itu akan masuk neraka Jahannam dengan menderita kehinaan.” (Surah Al-Mu’min: 60)

Dan ini diperkukuhkan lagi oleh dua buah hadis yang berbunyi yang bermaksud;

“Tidak akan masuk ke dalam syurga orang yang di dalam hatinya terdapat seberat biji sawi dari sifat kesombongan.”

Manakala Hadith kedua bermaksud;

“Tidak akan masuk syurga seseorang yang bakhil dan berbuat sewenang-wenang (karena kesombongannya).”


ٌRujukan :
http://referensiagama.blogspot.com/2011/02/takabur.html

Khamis, 16 April 2015

Kisah Pang


Setelah selesai mesyuarat yang hampir dua jam lamanya, dua orang guru sesi petang dari SK Pulau Pandan Jauh Ketengah sedang berbual tentang pelajarnya masing-masing...

Cikgu AB : Teruk ya....saya naik risau lerr.. bila guru besar  bagitau yang ada pelajar kita yang tak reti membaca, menulis apatah lagi mengira.......pelajar saya ada seorang yang macam tu...kelas belakang ....tulah ....sekarang ni pelajar yang tak lulus pun boleh naik darjah 3, tu yang jadi macam tu....risau betul..

Cikgu Bazirul : Alah..apa nak diherankan.....yang lebih merisaukan saya ni, ada pelajar saya baca yassin pun merangkak....aduh..ni dah kira teruk betul ni....bab2 agama ni saya risau betul.

Cikgu AB : Alah tu tak heran....pelajar saya lagi teruk..jawi pun tak kenal...huruf Alif sampai Ya pun tak pernah baca...

Cikgu Bazirul : Astagfiruallah....siapa tu?..budak ni perlu diberi perhatian ni(dengan nada yang serius)....

Pelajar saya yang merangkak2 baca yassin tu Ahmad namanya..

Cikgu AB : Nama pelajar saya yang pandai langsung tu "Ah Chong"...hehehehe

Keesokkan paginya Cikg AB terpaksa ambil MC dua hari kerana luka di kepala akibat hentakkan kesan balingan kerusi..

p/s : Guru-guru hendaklah prihatin dengan perkembangan para pelajar.

*kisah ini tiada kena mengena dengan yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Selasa, 14 April 2015

GURU SERTAI KURSUS PTPPG MENINGGAL DUNIA DI HOTEL


Kuantan: Seorang guru sekolah rendah yang menyertai Seminar Penyelidikan Tindakan Program Pensiswazahan Guru ditemui mati di bilik sebuah hotel di bandar ini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.35 pagi itu, mangsa, Zulkifli Mohamed, 41, berasal dari FELDA Kampung Sertik, Karak dekat Bentong meninggal dunia dipercayai akibat penyakit kencing manis, darah tinggi dan paru-paru berair.

Timbalan Ketua Polis Daerah Superintendan Abdul Aziz Ahmad berkata, mangsa menghadiri kursus di hotel berkenaan pada 6 April lalu dan dijangka berakhir petang kelmarin.

“Kematian mangsa disedari rakan sebilik selepas mendapati guru tidak bangun tidur walaupun berulang kali cuba mengejutkannya,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Katanya, pembantu perubatan dari Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.


Sumber :

http://www.hmetro.com.my/node/42714?m=1

Isnin, 13 April 2015

Sedih Pulak Bila Tun M Berkata Beliau Keseorangan




Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengeluh bahawa beliau keseorangan ketika membangkitkan kritikan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bagi mewajarkan kritikannya itu, Mahathir berkata soalan berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) masih tidak berjawab dan ramai pihak masih bertanya kepadanya berkaitan kes pembunuhan Alttantuya Shaariibuu.

“Saya sedar saya keseorangan. Tetapi jika saya juga berasa bertanggungjawab kepada rakyat salahkah.

“Apabila duit rakyat hilang dan ini tersembunyi dari rakyat salahkah kalau saya tanya,” soalnya dalam tulisan blog terbaru berjudul “Soal tak jawab”.

Meneruskan asakannya, perdana menteri 22 tahun itu terus membangkitkan persoalan berhubung status wang 1MDB, syarikat pelaburan cetusan ilham Najib.

“Hakikatnya wang 1MDB ada di mana masih tidak dijawab, kata Dato Sri Najib wang itu tidak ada di Cayman Islands. Tetapi dulu mengaku ada di Cayman Islands dan sudah dibawa balik.

“Rakyat jadi lebih keliru. Jika tidak ada di Cayman Islands, ada di mana? Daripada mana datang wang yang separuh dibawa balik dahulu dan separuh dibawa balik untuk disimpan di Singapura.

“Kenapa perlu simpan duit yang bukan dari Cayman Islands dan tidak diguna untuk bayar faedah dua bilion. Kenapa kerajaan membuat standing credit sebanyak 900 milion (juta).

Najib pada 9 April lalu menegaskan tidak akan bertolak ansur bagi sebarang salah laku dalam pengurusan kewangan 1MDB mahupun mempertahankan mana-mana individu.

Malah, atas pendirian itu, tegasnya, beliau mahukan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan Ketua Audit Negara agar menyegerakan siasatan terhadap sebarang salah laku dalam syarikat itu.

'Ini soal nak gantung anak orang'

Sementara itu, mengulas isu Altantuya pula, beliau berkata tidak menuduh Najib tetapi terus membangkitkan soal arahan kepada bekas anggota elit polis itu yang disabit membunuh.

“Saya tidak tuduh Najib. Biasanya anggota polis atau tentera tidak tembak mati sesiapa melainkan diserang atau di arah.

“Ini soal nyawa manusia. Kalau salah, bunuhlah Sirul. Tetapi kalau menjalankan tugas, menurut perintah tidak adillah jika Sirul (Azhar Umar) dibunuh,” tegasnya.

Najib pada 9 April juga sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak pernah mengenali Altantuyadan tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan kematian wanita Mongolia itu.

Beliau pada 2008 telah melafazkan sumpah demi Allah “wallahi wabillahi watallahi” di sebuah masjid di Permatang Pauh pada 2008 berhubung dakwaan itu.

Mengulas berhubung pertemuannya dengan ibu Sirul, Mahathir berkata beliau bertemu dengan Piah Samat seperti kebiasaannya dengan pihak lain.

“Ramai orang datang jumpa saya. Jika keluarga Sirul nak jumpa, saya jumpa. Ini bukan soal lapan tahun dahulu. Ini soal nak gantung anak orang ini hari ini,” katanya lagi.

“Rakyat tidak tanya. Tetapi ramai tanya saya. Saya tak dapat jawab. Saya tanya orang yang boleh jawab.”

Piah pada 8 April lalu sudah pun bertemu dengan Mahathir untuk membincangkan soal nasib Sirul yang kini ditahan di Australia selepas lari ke negara itu menjelang keputusan akhir kesnya di Mahkamah Persekutuan disabitkan.

sumber : Malaysiakini.com
http://m.malaysiakini.com/news/295158

Sabtu, 11 April 2015

6 GAMBAR WAJAH BAHARU PROTON SAGA R ??








Gambar dari : funtasticko.net

Sumber : http://stayviral.blogspot.com/2015/04/benarkah-proton-bakal-lancar-saga-r.html?m=1

Jumaat, 10 April 2015

TANDA TANDA STRESS


TANDA-TANDA STRESS

Stress merupakan suatu perkara yang sering mengganggu kecerian dalam kehidupan seseorang. Seringkali ketika stress manusia hilang keceriaan di dalam kehidupan. Keceriaan di dalam hidup seseorang itu akan hilang secara mendadak apabila mengalami stress. Stress merupakan salah satu tekanan yang hadir di dalam diri seseorang akibat daripada masalah yang dihadapi oleh seseorang.

Sebenarnya stress berpunca daripada pelbagai faktor. Antara faktor yang sering dikaitkan apabila seseorang itu mengalami stress adalah disebabkan oleh faktor diri sendiri, persekitaran sosial, perasaan dan psikologi, biologikal dan banyak lagi faktor-faktor lain.

Apabila individi mengalami stress, seringkali akan memberi tanda-tanda kepada fizikal, psikologi dan tingkah laku. Secara ringkasnya tanda-tanda stress boleh diklasifikasikan kepada tiga jenis iaitu tanda-tanda fizikal, tanda-tanda psikologi dan tanda-tanda tingkah laku.

Tanda-tanda Fizikal

Individu yang mengalami stress selalunya akan mengalami masalah atau perubahan secara mendadak kepada fizikal. Apabila mengalami stress individu seringkali akan mengalami beberapa masalah antaranya adalah sakit kepala. Sakit kepala berlaku apabila seseorang itu sering memikirkan masalah dan stress yang dihadapi. Sakit kepala bergantung kepada tahap stress seseorang dan ada yang mengalami sakit kepala yang teruk sehingga menyebabkan penyakit migraine.

Tanda fizikal seterusnya yang dialami oleh individu yang mengalami stress adalah kesukaran untuk tidur. Individu yang mengalami stress selalunya akan bermasalah di dalam tidurnya dan seringkali masa tidurnya terganggu. Mereka tidak boleh tidur semasa waktu malam dan akan tidur secara sendirinya apabila badan terlalu letih.

Selain itu, terdapat juga perubahan kepada selera makan apabila seseorang itu mengalami stress. Seseorang yang dahulunya sangat berselera ketika makan akan berubah kepada tiada selera untuk makan apabila mengalami stress dan sebaliknya. Ada juga individu yang sangat berselera ketika makan apabila mengalami stress. Banyak kes yang berlaku individu yang sering mengalami stress memiliki berat badan yang berlebihan dan dilabelkan sebagai individu yang obesiti.

Individu yang mengalami stress juga cenderung kepada cepat letih. Walaupun mereka tidak melakukan aktiviti atau kerja yang berat tetapi badannya sering cepat letih. Keadaan ini berlaku akibat terlalu tinggi tahap stress seseorang itu. Walaupun tidak berlaku gerakan yang banyak kepada tubuh badan seseorang tetapi minda seseorang yang mengalami stress itu terlalu banyak perkara yang difikirkan. Oleh hal demikian, badan orang yang mengalami stress cepat menjadi letih.

Tanda yang berikutnya adalah seringkali seseorang yang mengalami stress akan mengalami jantung berdebar-debar. Jantung berdebar-debar akan terjadi secara tiba-tiba tanpa seseorang itu mengalami tekanan ataupun melihat sesuatu yang menakutkan.

” Apabila Stress kelenjar adrenal merembeskan hormon adrenalin dan kortisol, ia meningkatkan kadar denyutan jantung dan tekanan darah serta kandungan gula ” ( Datuk Dr Ahmad Shukri Md Salleh, Ketua Jabatan Perubatan Hospital Putrajaya)

Akibat daripada stress, seseorang itu juga mudah mengalami sakit-sakit badan yang kurang jelas puncanya. Walaupun pada hakikat sebenar seseorang itu tidak mengalami sebarang masalah kesihatan tetapi pada masa stress mereka selalunya mengalami sakit-sakit badan. Sakit-sakit badan yang dialami bukanlah akibat daripada masalah kesihatan tetapi kesan daripada stress yang dialami.

Tanda-tanda Psikologi

Individu yang mengalami stress juga akan mengalami perubahan kepada psikologi. Apabila seseorang itu stress, selalunya seseorang itu akan mengalami kegelisahan perasaan. Kegelisahan itu dialami tanpa punca atau erti kata lain secara tiba-tiba akan mengalami gelisah. Kegelisahan sering memberi kesan yang tidak baik kepada seseorang.

Seterusnya, individu yang mengalami stress juga turut merasa dirinya sangat bosan. Perkara ini selalunya berlaku apabila mereka yang stress duduk bersendirian di tempat yang senyap dan tiada orang. Stress semakin bertambah dan tahap bosan juga boleh menyebabkan emosi seseorang itu semakin meningkat.

Kemurungan atau dalam Bahasa Inggerisnya “moody” seringkali berlaku apabila seseorang itu mengalami stress. Individu yang mengalami kemurungan boleh diketahui oleh rakan-rakan atau ahli keluarga yang terdekat. Sifat murung akan terserlah apabila seseorang itu seringa mengalami stress. Stress yang tinggi menyebabkan semakin tinggi tahap kemurungan seseorang itu.

Tanda yang berikutnya kepada psikologi seseorang yang mengalami stress adalah mudah marah. Seseorang yang mengalami stress akan mudah marah kepada seseorang walaupun seseorang itu tidak bersalah. Marah akan hadir secara tiba-tiba tanpa sebab yang munasabah. Seeloknya individu yang mengalami stress tidak perlu berhadapan dengan orang ramai kerana itu mungkin akan menambahkan lagi tahap stress yang dialaminya. Individu yang mengalami stress tidak boleh bersesak-sesak dengan orang ramai sebagai contoh menaiki tren dengan dipenuhi ramai orang. Emosi seseorang yang mengalami stress itu akan semakin terganggu dan hal ini menyebabkan mereka cepat marah.

Perkara yang sangat membimbangkan pada seseorang yang mengalami stress adalah mudah lupa. Individu yang mengalami stress cenderung untuk mudah lupa dengan ilmu atau ingatan yang disimpan di kotak fikirannya selama ini. Oleh itu, banyak kes yang berlaku pelajar yang mengalami stress yang terlalu banyak mendapat keputusan yang kurang cemerlang di dalam peperiksaan.

 Tanda-tanda Tingkah Laku

Bagi individu yang merokok, apabila mereka mengalami stress kecenderungan untuk merokok itu akan lebih tinggi. Individu yang terlalu stress akan merokok secara berlebihan. Mereka beranggapan bahawa merokok secara berlebihan boleh menghilangkan stress. Pada hakikat sebenar merokok secara berlebihan bukanlah dapat menghilangkan stress tetapi boleh meningkatkan stress dan kesihatan boleh terganggu.

Perkara yang paling berbahaya apabila seseorang yang mengalami stress adalah mereka cenderung untuk bertingkah laku seperti mengambil ubat-ubatan yang tidak terkawal. Ada yang mengambil ubat tanpa mengikut sukatan yang telah ditetapkan oleh doktor. Sebagai contoh, individu yang susah untuk tidur apabila mengalami stress cenderung untuk mengambil ubat tidur yang berlebihan bagi memaksa dirinya untuk tidur. Keadaan ini boleh menyebabkan kesihatan mereka terjejas.

Ada juga kes seseorang yang mengalami stress terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan alkohol. Mereka mudah terpengaruh dengan ajakan rakan untuk bertingkah laku sedemikian. Hal ini berlaku kerana meraka terlalu stress dan menganggap tindakan itu boleh menghilangkan stress yang dialami. Pada hakikat sebenarnya tindakan yang dilakukan itu tidak betul dan boleh merosakkan masa depan mereka. Tanpa berfikir panjang mereka yang mengalami stress mudah terpengaruh dengan penyalahgunaan dadah dan alkohol.

Mereka yang mengalami stress juga akan melakukan tindakan di luar kawalan seperti membunuh diri. Membunuh diri akibat stress yang di alami merupakan peringkat stress yang paling teruk dan sangat membahayakan. Individu yang mengalami stress yang melampau akan cenderung melakukan perkara di luar jangkaan iaitu membunuh diri. Banyak kes bunuh diri yang berlaku di seluruh dunia akibat daripada stress yang dialami. Jika stress tidak dapat dikawal dengan baik seseorang itu akan mudah untuk cenderung kepada bunuh diri.

Kesan Stress


Stress jika tidak dikawal mungkin memberikan banyak kesan buruk kepada diri dan orang lain. Jadi, pengawalan stress adalah perlu bagi mengelakkan berlakunya perkara yang lebih buruk lagi akibat stress.

sumber
http://www.blogammar.com/tanda-tanda-stress/