Mutiara Kata

Kelebihan Bulan Rejab Syaaban dan Ramadhan

AWAS AURAT JANGAN AMBIL MUDAH

Peringatan buat mereka yang alpa dan terleka dengan dunia.

Rabu, 24 Januari 2018

2018...bermulanya sebuah 'pengalaman' baru di SK Kampung Rinching yg pastinya lebih mencabar. Mana taknya, mula-mula masuk jer ke sekolah ni, dah terima program besar menyambut lawatan Menteri Pendidikan pada 22 Jan 2018. Alhamdulillah berjalan dgn amat lancar dan terbaik. So selepas rombongan menteri balik, maka kembalilah semula ke kehidupan 'busy' dgn tugas-tugas yg sedia tercatat dlm buku pengurusan SKKR 2018. hehe...
Surau SKKR Mantop !

Selasa, 23 Januari 2018

Selamat Tinggal SKBTHO 2008 - 2017

Jodoh bersama SK Bandar Tun Hussein Onn bermula 2008 dan berakhirnya 2017.
Terima kasih kepada seluruh warga SKBTHO.
Kalian memang terbaik !

Isnin, 13 Mac 2017

KEBURUKAN KAD KREDIT YANG WAJIB DIKETAHUI !


BERHENTILAH SEBELUM TERLAMBAT !

21-06-2008, 09:19 PM
salam pada semua warga forum cg..sdg cari 2x dlm google aku terjumpa laman web ni ada satu ruangan utk kita buat apa 2x komplen..

kisah ni dah lama dah..tp masih lagi sikap peniaga cina selalu ambil kesempatan pd pembeli yg menggunakan kad kredit..peniaga ni akan mengenakan caj dari 2% - 3% dari jumlah barangan.. tapi biasanya penggunaan mastercard ikut sesedap rasa dr 2%-2.5% manakala pemegang visa dikenakan 3%..

persoalannya di sini..
* mengapa perlu caj begini? kita taula kalau guna byr pakai kad diorang akan dpt payment lambat dr merchant kredit kad..so reason diorang bagi takdela modal pusingan..ITU HAL KORANGLA..korang jual barang korang pandaila carik duit..dah untung jual brg kat kitorang mengapa nak sembelih lagi pembeli? macamla melayu ni ***** sgt tak pikir korang dpt brg dr supplier kaum cina korang pun bukannya cash term..by credit jugak..ada term..

* dibenarkan ke peniaga 2x ni kenakan caj ni?kerajaan bagi ke?KPDNHEP bagi ke?tu aku taktau sbb benda ni dah berkulat dah org dok kompen dr dulu..tp kalau ikut logik mana boleh suka 2x caj macam tu..

bayangkan kalau harga jual rm5,000 (harga ni pun diorang biasanya dah untung nak dekat 200% dr kos) kita bayar pakai kad sia 2x je tambah rm100 - rm150 kat diorang ni..sakit tul ati aku..

skang dah makin byk kedai buat camtu..yg konon kedai besar gak pun tak psl 2x boleh caj kita gak..kat low yat tu jgn ckpla..sumer kedai buat camtu..cilaka tul diorang ni :(scam


Salaam bro,

Rileks lerr, cepat tua kang.

Bro ni marah pada orang yang tak betul. Kalau nak marah...sepatutnya bro marah kat pengeluar kad kredit (spt bank). Kebanyakan orang yang menguasai bank kat Mesia ni org kita, yang kerja kat bank pun byk org kita gak.

Adalah menjadi amalan dasar bank-bank mengenakan caj 2.5% untuk setiap transeksi (betoi ka ni?) Visa/Master
card kecuali di stesyen minyak. Untuk Amex/Diners Club, cajnya adalah lebih tinggi. Peniaga besar cam Hypermarket yang jualannya banyak mungkin berupaya untuk “negotiate” ngan pihak bank untuk menurunkan caj ni ke 1% - 1.5% di samping melupuskan sewa terminal. Malah dia orang mungkin boleh deal terus dengan Visa/Mastercard utk keluarkan kad sendiri. Tapi peniaga kecil mana ada “clout” untuk paksa bank-bank turunkan caj ni? Sewa SETIAP terminal pun dah beratus-ratus ringgit sebulan! Kalau tak offer perkhidmatan bayaran melalui kad kredit, nanti pembeli macam bro semua tak melanggan pula.

Kalau bro tak percaya yang bank ambil charge ni, cuba bro buat cash advance guna kad kredit bro kat mana-mana terminal. Lepas tu bro cuba pergi marah pengeluar kad kredit bro yang akan kenakan charge 2 – 2.5%.

Bro, kalau buat bisnes untung 200% untuk setiap jualan, semua rakyat Malaysia tak makan gaji la. Saya tak tahu apa yang bro beli tapi kalau dalam bisnes komputer, untung peruncit untuk laptop dari Acer, Apple, NEC dan Compaq hanya setinggi 4-5%! Bayangkanlah kalau dah kena tolak 2.5% caj kad kredit termasuk pembeli minta diskaun, free gift lagi...apa peruncit nak dapat? Sewa kedai kat Low Yat pula melebihi RM10,000 sebulan!!!

Lainlah kalau syarikat komputer besar cam Thundermatch atau hypermarket. Nak letak barang kat kedai mereka pun, supplier kena bayar. Dahlah barang yang tak dijual, supplier kena ambil balik. Tapi memang saya tak nafikan, peniaga cina dapat barangan mereka secara kredit dari distributor besar yang semuannya dikuasai oleh mereka. Tapi salahnya pada orang melayu gak. Kalau nak tahu kenapa, teruskan membaca.


bro..kalau ada tmpt lain dah lama aku pegi kedai tu..tp kau pun tau kan skang certain brg 2x peniaga cina dah conquer 100% ..org melayu takde line nak dptkan brg ni dr suplier..sbb biasanya supplier pun dr org cina yg akan beri pd bangsa diorang je..

Ini memang benar. Kebanyakan peniaga besar di Low Yat dapat stok secara kredit dari supplier jadi bila ada barangan “hangat” yang menjadi kegilaan ramai atau tinggi permintaannya, para peniaga ini akan sapu habis semua stok (kerana mereka tak perlu bayar serta merta) kepada supplier. Jadi sebenarnya barang yang mereka jual tu ZERO kosnya. Cuma untungnya kecil. Peniaga melayu tak dapat berbuat demikian kerana supplier ni “haram” nak bagi kredit (hutang) kat peniaga melayu. Kalau peniaga melayu yang tak ada “kuasa politik” di belakang, nak jadi authorised reseller pun setengah mampus syarat-syarat yang diletakkan oleh supplier. Jadi kalau peniaga melayu nak jual juga barang-barang ni, mereka kena beli dari peniaga cina tadi. Akibatnya, harga mereka mestilah lebih mahal dari peniaga cina. Pembeli-pembeli termasuklah orang melayu pastilah lebih suka membeli dari peniaga cina kerana harga yang ditawarkan lebih rendah.


tu la aku ckp..kalo diorang sewa pun benda tu tu masalah diorangla..apsal lak kita sbg pengguna jd mangsa? ye tak? lgpun diorang dah kaut untung kat brg tu..so apa masalahnya? dah lah susah nak mintak tawar ngan diorang ni..#:-S
[/QUOTE]

Ini lagi satu masalah besar dengan pembeli melayu (secara am, bukan semua). Kalau beli barang dari peniaga melayu, akan tawar sampai lupus keuntungan peniaga melayu tersebut. Dah lah dia dapat barang pada harga tinggi, tak dapat kredit dari supplier...pembeli minta kredit yang tak munasabah pula! Macamana bisnes melayu nak maju? Ini termasuklah ahli keluarga saya. Karipap pun dia orang tawar. Bayar lebih 5¢ tak akan membuat kita papa!

Dari perbincangan saya dengan para peruncit cina (untuk barangan yang tak dikenakan kawalan), mereka ada 3 harga. Harga orang cina, harga orang melayu dan harga orang india. Harga paling tinggi ialah harga orang india sebab mereka ni paling banyak suka minta diskaun yang tak munasabah. Kemudian harga orang melayu dan paling rendah harga orang cina. Pertama kali saya dengar ni, agak kehairanan juga walaupun tak terkejut...tapi setelah bertahun-tahun mengenali kerenah pembeli, saya sudah terlalu faham.

Dari pengalaman saya, ada segelintir orang melayu yang asyik melaungkan dengan lantang “kita orang melayu kena beli dari peniaga melayu”, tapi mereka inilah apabila membeli akan tawar harga sehingga peniaga melayu sesak nafas.

Pada amnya, pembeli cina tak akan masuk kedai melayu kalau dia tahu tuanpunya kedai itu orang melayu. Pembeli india akan melanggan tak kira siapa penjual dan tawar harga yang tak munasabah (kecuali kalau penjual berbangsa india juga). Pembeli melayu yang masuk kedai melayu dan walaupun harga barangan lebih murah/setara dari peniaga cina, pembeli tetap akan “menawar” harga yang lebih rendah. Lucunya, pembeli-pembeli melayu yang masuk ke Mydin tak pula tawar-menawar harga barangan kat cashier-cashier Mat Bangla/India yang ada kat situ.

Mydin ni memang sembelih supplier tak kira bangsa cina atau melayu tapi kita tak salahkan mereka sebab tatkala mereka sembelih supplier, barulah mereka boleh bersaing dengan Hypermarket asing. Pembeli pun lebih suka sebab harga barangan mereka lebih murah. Tetapi supplier melayu jarang dapat kredit, tak seperti supplier cina. Kalau bisnes yang berkembang besar atas nama bumiputera tak “support” peniaga bumipetara kecil ditambah pula pihak kerajaan pun selalu buat bayaran lambat kepada peniaga melayu...fikir-fikirkanlah.

Siapa yang untung kalau bayaran lewat? Supplier kepada kontraktor melayu majoritinya berbangsa cina. Peniaga melayu tak dapat kredit...peniaga cina dapat. Supplier berbangsa cina tak bagi kredit, kerajaan/glc bayar lewat dan susahkan peniaga melayu dengan berbagai “hurdles” serta “permintaan” untuk jadi kontraktor kerajaan. Jadi jawabnya alibaba lah.

Saya tanya ramai supplier cina kenapa tak bagi kredit kepada peniaga melayu? Mereka jawab sebab peniaga melayu tak tahu bayar hutang! Lagipun lebih baik mereka tolong peniaga cina sebab orang melayu, kerajaan dah tolong macam-macam. Tapi adakah ini benar?

Ingat senang ke nak dapat duit dari kerajaan untuk buat bisnes? Kalau senang, esok aku nak 5000AP. Kalau nak dapat pun, pinjaman, bukan free, hutang kena bayar balik. Kalau tak bayar, adalah lawyer melayu yang dilantik hambat ke hulu dan ke hilir.

Peniaga melayu yang “genuine” makin tersepit.

hah? apa ko ckp ni bro? boleh bg detail tak? apsal lak tetiba bank kenekan interest ni? org swipe kad apa kene dgn interest ni? bukan ke pemegang kad yg kene interest ngan bank?

Bro, interest charge bank ambik kat customer, service charge pun bank ambik bila swipe kad kredit. Bila bro tengok Ezpayment 0% tu sebenarnya bank sapu 9%. Kalau keuntungan peniaga 4% tetapi bank sapu 9%, siapa nak absorb semua kos terpendam ni? Hampir semua syarikat/koperasi yang bagi personal loan buat kerja ni (kecuali AEON dan beberapa Bank). Kat penjual pun dia orang makan commission/percentage, kat pembeli pun dia makan interest/profit. Hidup jadi ceti paling bahagia.

Policymakers semua orang melayu belaka tak kira dalam bank atau kerajaan.

Jadi salah siapa semua ni? Salah kitalah yang berbangsa melayu.

Maaflah, aku melalut panjang-panjan malam minggu ni tapi terimakasih kerana membaca.

Pautan artikel :
http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php/t-38119.html

Khamis, 21 Mei 2015

KEHEBATAN SURAH AN NISA'


Isi Kandungan Surah An-Nisa’

1. Wanita diciptakan daripada tulang rusuk lelaki.

Surah An-Nisa` dibuka dengan ayat:

يَاأَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالاً كَثِيرًا وَنِسَاءً

“Wahai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan kalian yang telah menciptakan kalian daripada jiwa yang satu dan daripada jiwa yang satu itu Dia menciptakan pasangannya, dan daripada keduanya Dia memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang ramai.” (An-Nisa`: 1)


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” إِنَّ الْمَرْأَةَ خُلِقَتْ مِنْ ضِلَعٍ لَنْ تَسْتَقِيمَ لَكَ عَلَى طَرِيقَةٍ ، فَإِنِ اسْتَمْتَعْتَ بِهَا اسْتَمْتَعْتَ بِهَا وَبِهَا عِوَجٌ ، وَإِنْ ذَهَبْتَ تُقِيمُهَا كَسَرْتَهَا ، وَكَسْرُهَا طَلَاقُهَا

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya wanita dicipta daripada tulang rusuk, kalian tidak akan mampu meluruskannya walau apa cara sekalipun. Jika kalian bersenang-senangnya, kalian akan bersenang dengannya dalam keadaan adanya kebengkokan. Jika kalian terus juga mahu meluruskannya, kalian akan mematahkannya. Dan patahnya itu ialah penceraian. [Sahih Muslim, Kitab al-Ridho’, hadis no: 2678]

Al-Imam An-Nawawi rahimahullah berkata dalam Al-Minhaj Syarah Sahih Muslim,: “Dalam hadis ini ada dalil daripada ucapan fuqaha atau sebahagian mereka bahawa Hawa diciptakan daripada tulang rusuk Adam. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا dan Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam menerangkan bahawa wanita diciptakan daripada tulang rusuk. Hadis ini menunjukkan kewajipan berlaku lembut kepada wanita, bersikap baik terhadap mereka, bersabar atas kekurangan akhlak dan lemahnya akal mereka. Selain itu, ia menunjukkan dibencinya mentalak mereka tanpa sebab dan juga tidak boleh seseorang bercita-cita agar si wanita terus lurus. Wallahu a’lam.”[1]

Dalam Tafsir at-Thabari disebutkan:

Dalam ayat ini dinyatakan bahwa daripada jiwa yang satu, Allah Subhanahu wa Ta’ala menciptakan pasangannya. Imam Qatadah dan Mujahid rahimahumallah mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan jiwa yang satu adalah Nabi Adam ‘alaihis salam. Sedangkan pasangannya adalah Hawa. Qatadah mengatakan Hawa diciptakan daripada tulang rusuk Adam.[2]

2. Menjaga hak perempuan yatim.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَى فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلاَثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلاَّ تَعُولُوا

“Dan jika kalian khuatir tidak akan dapat berlaku adil terhadap hak-hak perempuan yatim (bilamana kalian menikahinya), maka nikahilah wanita-wanita lain yang kalian senangi: dua, tiga, atau empat. Kemudian jika kalian khuatir tidak dapat berlaku adil maka nikahilah seorang wanita saja atau hamba-hamba perempuan yang kalian miliki. Yang demikian itu lebih dekat untuk kalian tidak melakukan kezaliman.” (An-Nisa`: 3)

عَنِ ابْنِ شِهَابٍ ، قَالَ : أَخْبَرَنِي عُرْوَةُ بْنُ الزُّبَيْرِ ، ” أَنَّهُ سَأَلَ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا عَنْ قَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى : وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا إِلَى وَرُبَاعَ سورة النساء آية 3 ، فَقَالَتْ : يَا ابْنَ أُخْتِي ، هِيَ الْيَتِيمَةُ تَكُونُ فِي حَجْرِ وَلِيِّهَا تُشَارِكُهُ فِي مَالِهِ فَيُعْجِبُهُ مَالُهَا وَجَمَالُهَا ، فَيُرِيدُ وَلِيُّهَا أَنْ يَتَزَوَّجَهَا بِغَيْرِ أَنْ يُقْسِطَ فِي صَدَاقِهَا ، فَيُعْطِيهَا مِثْلَ مَا يُعْطِيهَا غَيْرُهُ ، فَنُهُوا أَنْ يُنْكِحُوهُنَّ إِلَّا أَنْ يُقْسِطُوا لَهُنَّ وَيَبْلُغُوا بِهِنَّ أَعْلَى سُنَّتِهِنَّ مِنَ الصَّدَاقِ ، وَأُمِرُوا أَنْ يَنْكِحُوا مَا طَابَ لَهُمْ مِنَ النِّسَاءِ سِوَاهُنَّ ” . قَالَ عُرْوَةُ : قَالَتْ عَائِشَةُ : ثُمَّ إِنَّ النَّاسَ اسْتَفْتَوْا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعْدَ هَذِهِ الْآيَةِ ، فَأَنْزَلَ اللَّهُ وَيَسْتَفْتُونَكَ فِي النِّسَاءِ إِلَى قَوْلِهِ وَتَرْغَبُونَ أَنْ تَنْكِحُوهُنَّ سورة النساء آية 127 ،

Urwah bin Az-Zubair pernah bertanya kepada Aisyah radiallahu ‘anha tentang firman Allah Subhanahu wa Ta’ala: وَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَى maka Aisyah radiallahu ‘anha menjawab, “Wahai anak saudariku, perempuan yatim tersebut berada dalam asuhan walinya yang turut berkongsi dalam harta walinya Kecantikan anak yatim ini dan kekayaannya menarik hati si wali ini. Maka si wali ingin menikahinya tanpa berlaku adil dalam pemberian maharnya sebagaimana mahar yang diberikannya kepada wanita lain yang ingin dinikahinya. Para wali pun dilarang menikahi perempuan-perempuan yatim kecuali bila mereka mahu berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim serta memberinya mahar yang yang tinggi seperti yang biasa diberikan kepada wanita lain. Para wali kemudian diperintah untuk menikahi wanita-wanita lain yang mereka senangi.” Urwah berkata, “Aisyah menyatakan, ‘Setelah turunnya ayat ini, orang-orang meminta fatwa kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam tentang perkara wanita, maka Allah Subhanahu wa Ta’ala menurunkan ayat: وَيَسْتَفْتُونَكَ فِي النِّسَاء “Dan mereka meminta fatwa kepadamu tentang wanita” sehinggalah  ayat وَتَرْغَبُونَ أَنْ تَنْكِحُوهُنَّ “Sementara kalian ingin menikahi mereka (perempuan yatim).” (An-Nisa`: 127)

وَالَّذِي ذَكَرَ اللَّهُ أَنَّهُ يُتْلَى عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ الْآيَةُ الْأُولَى الَّتِي قَالَ فِيهَا وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَى فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ سورة النساء آية 3 ، قَالَتْ عَائِشَةُ : وَقَوْلُ اللَّهِ فِي الْآيَةِ الْأُخْرَى : وَتَرْغَبُونَ أَنْ تَنْكِحُوهُنَّ سورة النساء آية 127 يَعْنِي هِيَ رَغْبَةُ أَحَدِكُمْ لِيَتِيمَتِهِ الَّتِي تَكُونُ فِي حَجْرِهِ حِينَ تَكُونُ قَلِيلَةَ الْمَالِ وَالْجَمَالِ ، فَنُهُوا أَنْ يَنْكِحُوا مَا رَغِبُوا فِي مَالِهَا وَجَمَالِهَا مِنْ يَتَامَى النِّسَاءِ ، إِلَّا بِالْقِسْطِ مِنْ أَجْلِ رَغْبَتِهِمْ عَنْهُنَّ

‘Aisyah berkata tentang ayat 127 surah an-Nisa’: Salah seorang daripada kalian (yang menjadi wali/pengasuh perempuan yatim) tidak suka menikahi perempuan yatim tersebut kerana si perempuan tidak cantik dan hartanya sedikit. Maka mereka (para wali) dilarang menikahi perempuan-perempuan yatim yang mereka sukai harta dan kecantikannya kecuali bila mereka mahu berbuat adil. Ini Kerana keadaan jadi terbalik bila si yatim sedikit hartanya dan tidak cantik, walinya enggan/tidak ingin menikahinya.”  [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Syarikah, hadis no: 2326]

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا : وَيَسْتَفْتُونَكَ فِي النِّسَاءِ قُلِ اللَّهُ يُفْتِيكُمْ فِيهِنَّ إِلَى قَوْلِهِ وَتَرْغَبُونَ أَنْ تَنْكِحُوهُنَّ سورة النساء آية 127 ، قَالَتْ عَائِشَةُ : ” هُوَ الرَّجُلُ تَكُونُ عِنْدَهُ الْيَتِيمَةُ هُوَ وَلِيُّهَا وَوَارِثُهَا ، فَأَشْرَكَتْهُ فِي مَالِهِ حَتَّى فِي الْعَذْقِ ، فَيَرْغَبُ أَنْ يَنْكِحَهَا ، وَيَكْرَهُ أَنْ يُزَوِّجَهَا رَجُلًا ، فَيَشْرَكُهُ فِي مَالِهِ بِمَا شَرِكَتْهُ ، فَيَعْضُلُهَا ، فَنَزَلَتْ هَذِهِ الْآيَةُ

‘Aisyah radiallahu ‘anha menerangkan: Ayat Surah an-Nisa’ 127: (Ia mengenai) seorang lelaki yang menjaga anak yatim dan lelaki itu juga merupakan warisnya, di mana si yatim turut berkongsi dalam harta walinya. Si wali ini tidak suka menikahi si yatim dan juga tidak suka menikahkannya dengan lelaki yang lain kerana itu akan menyebabkan suami si yatim kelak ikut berkongsi dalam hartanya, lalu dia menghalangnya daripada berkahwin [Sahih al-Bukhari, Kitab at-Tafsir, hadis no: 4259]


3. Cukup menikahi seorang wanita saja bila takut tidak dapat berlaku adil secara lahiriah.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَى فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلَّا تَعُولُوا (3)

Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap [hak-hak] perempuan yatim [bilamana kamu mengahwininya], maka kahwinilah wanita-wanita [lain] yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka [kahwinilah] seorang sahaja, atau hamba-hamba yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya. (An-Nisa`: 3)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” مَنْ كَانَتْ لَهُ امْرَأَتَانِ فَمَالَ إِلَى إِحْدَاهُمَا ، جَاءَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَشِقُّهُ مَائِلٌ

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesiapa yang mempunyai dua isteri lalu dia cenderung kepada salah seorangnya, maka dia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan senget [Sunan Abi Daud, Kitab an-Nikah, hadis no: 1824]

Yang dimaksud dengan adil di sini adalah dalam perkara lahiriah seperti adil dalam pemberian nafkah, tempat tinggal, dan giliran. Adapun dalam perkara batin seperti rasa cinta dan kecenderungan hati tidaklah dituntut untuk adil, kerana hal ini di luar kesanggupan seorang hamba. Dalam Al-Qur`an Karim dinyatakan:

وَلَنْ تَسْتَطِيعُوا أَنْ تَعْدِلُوا بَيْنَ النِّسَاءِ وَلَوْ حَرَصْتُمْ فَلاَ تَمِيلُوا كُلَّ الْمَيْلِ فَتَذَرُوهَا كَالْمُعَلَّقَةِ

“Dan kalian sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kalian, walaupun kalian sangat ingin berbuat demikian. Kerana itu janganlah kalian terlalu cenderung kepada isteri yang kalian cintai sehingga kalian biarkan yang lain telantar.” (An-Nisa`: 129)

Al-Hafizh Ibnu Kathir rahimahullah mengatakan dalam Tafsir al-Quran al-Azhim ketika menafsirkan ayat di atas:

 “Maksudnya kalian wahai manusia, tidak akan mampu berlaku sama di antara isteri-isteri kalian daripada segala sisi. Ini kerana walaupun mampu terjadi pembahagian giliran malam malam, namun pasti ada perbezaan dalam hal cinta, syahwat, dan jima’. Sebagaimana hal ini dikatakan oleh Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma, ‘Abidah As-Salmani, Mujahid, Al-Hasan Al-Bashri, dan Adh-Dhahhak bin Muzahim rahimahumullah.”[3]

Ibnu Kathir rahimahullah melanjutkan pada tafsir ayat: فَلاَ تَمِيلُوا كُلَّ الْمَيْلِ maksudnya apabila kalian cenderung kepada salah seorang dari isteri kalian, janganlah kalian berlebih-lebihan dengan cenderung secara total kepadanya, فَتَذَرُوهَا كَالْمُعَلَّقَةِ “sehingga kalian biarkan yang lain tergantung.” Maksudnya isteri yang lain menjadi tergantung. Kata Ibnu ‘Abbas, Mujahid, Sa’id bin Jubair, Al-Hasan, Adh Dhahhak, Ar-Rabi` bin Anas, As-Suddi, dan Muqatil bin Hayyan, “Makna كَالْمُعَلَّقَةِ, seperti tidak punya suami dan tidak pula ditalak.” [4]

Apakah syarat berpoligami bagi seorang lelaki?

Terdapat dua syarat iaitu adil seperti mana disebut di atas, dan syarat kedua ialah berkemampuan untuk memberi nafkah.

وَلْيَسْتَعْفِفِ الَّذِينَ لَا يَجِدُونَ نِكَاحًا حَتَّى يُغْنِيَهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ

Dan orang-orang yang tidak mampu berkahwin hendaklah menjaga kesucian [diri]nya, sehingga Allah mengkayakan mereka dengan kurniaanNya [An-Nur : 33]

Allah menyuruh dalam ayat ini untuk sesiapa yang berkemampuan hendaklah bernikah, dan jika mempunyai keuzuran hendaklah menjaga kesucian dirinya. Di antara keuzuran daripada bernikah ialah: Sesiapa yang tidak mempunyai apa-apa sebagai mahar/maskahwin, dan tidak jua mempunyai kemampuan untuk memberi nafkah kepada isterinya.[5]

( gambar hiasan )

Mana lebih afdhal? Poligami atau monogami?

Kebanyakan ulama berpendapat bahawa mempunyai hanya satu isteri/monogami itu lebih afdhal berbanding poligami kecuali jika poligami itu lebih bermanfaat untuk seseorang. Tetapi pada asalnya di sisi mereka seorang isteri itu adalah yang terbaik.

Dalam Fatwa Islamweb, no: 116176[6] disebutkan:

Adapun hukum poligami, ia adalah harus/mubah dengan syarat berkemampuan dan adil di antara isteri-isteri. Jika dikatakan hukumnya sunat/mandub, atau ia adalah lebih afdhal daripada hanya mempunyai seorang isteri secara mutlak, maka ini adalah pendapat yang tidak mempunyai dalil yang kuat di sisi syara’, sebaliknya ia menjadi mandub/digalakkan pada situasi-situasi yang spesifik. Sesungguhnya hukum-hakam syara’ seperti wajib, makruh, dan haram akan bergantung kepada situasi seseorang. Adapun hukum asalnya secara mutlaq, apabila syarat-syaratnya terpenuhi, maka ia hanyalah mubah/harus sahaja. Bahkan kebanyakan ulama’ berpegang bahawa lebih afdhal untuk mempunyai seorang isteri sahaja.

Imam al-Mawardi al-Syafie berkata: Allah membenarkan untuk berkahwin empat dengan firmanNya: (Kahwinlah) dua, tiga, dan empat. Dan Allah menggalakkan untuk berkahwin satu sahaja dengan firmannya: Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka [kahwinilah] seorang sahaja. Imam Ibn Daud dan sekelompok ulama’ Zahiri berpendapat bahawa yang lebih baik ialah menyempurnakan pernikahan sehingga empat isteri seandainya seorang suami itu berkemampuan untuk menyara mereka, dan tidak mencukupkan sekadar seorang isteri sahaja kerana nabi sallallahu ‘alaihi wasallam tidak mencukupkan dirinya untuk sekadar mempunyai seorang isteri.


Imam al-Syafie pula berpendapat bahawa digalakkan untuk cukup dengan seorang isteri sahaja walaupun dia boleh untuk mempunyai lebih daripada seorang isteri. Ini untuk mengelakkan berlakunya ketidakadilan apabila seorang suami cenderung kepada sebahagian isteri atau dia kurang mampu menafkahi kesemua isterinya. Daripada kedua pendapat ini, yang paling baik di sisi aku ialah ia bergantung kepada situasi si suami. Jika  seorang isteri itu sudah cukup untuk dirinya, maka lebih baik untuk dia tidak menambah isteri. Jika seorang isteri tidak cukup untuk dirinya kerana kuatnya nafsu dia, kerapnya dia berjima’, maka lebih baik dia berkahwin pada jumlah yang mencukupi daripada dua, tiga atau empat kerana itu akan lebih menundukkan pandangannya dan menjaga maruah kemaluannya.

Al-Imam Ibn Qudamah pengarang Al-Syarh Al-Kabir berkata: Yang lebih baik adalah agar tidak menambah bilangan isteri melebihi seorang. [Al-Muharrar]

Shaikh Muhammad bin Saleh al-Uthaimin berkata: Mempunyai seorang isteri itu lebih selamat melainkan jika seseorang melihat dirinya tidak cukup dan maruahnya tidak terjaga dengan hanya seorang isteri, maka kami menyuruhnya untuk berkahwin dua, tiga atau empat sehinggalah dia mencapai ketenangan dalam jiwanya, berjaya menundukkan pandangan, dan merehatkan jiwanya. [al-Syarh al-Mumti’]

4. Hak memperoleh mahar/mas kahwin dalam pernikahan.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَءَاتُوا النِّسَاءَ صَدُقَاتِهِنَّ نِحْلَةً فَإِنْ طِبْنَ لَكُمْ عَنْ شَيْءٍ مِنْهُ نَفْسًا فَكُلُوهُ هَنِيئًا مَرِيئًا

“Berikanlah mahar kepada wanita-wanita yang kalian nikahi sebagai pemberian dengan penuh kerelaan. Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kalian sebahagian daripada mahar tersebut dengan senang hati maka makanlah (ambillah) pemberian itu sebagai makanan yang sedap lagi baik akibatnya.” (An-Nisa`:4)

Al-Imam Ibn Kathir menerangkan:

Wajib bagi seorang lelaki membayar mas kahwin kepada perempuan yang ingin dinikahi dengan perasaan rela hati. Sebagaimana dia memberikan hadiah (dengan sepenuh hati) begitu jugalah hendaklah dia memberikan maskahwin/mahar dengan rela hati. Jika isterinya memberikan kepada si suami maskahwin yang diterima dengan rela hati pula, maka bolehlah si suami untuk memakannya.[7]

Adapun batas had jumlah maskahwin/mahar tiada hadnya. Seorang lelaki jika mampu, boleh dia memberi mahar/maskahwin yang banyak. Untuk pihak wanita pula, sewajarnya mereka tidak memberatkan mahar sehingga perkahwinan tertangguh semata-mata kerana mahar/maskahwin.

عَنْ عَائِشَةَ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : أَعْظَمُ النِّسَاءِ بَرَكَةً ، أَيْسَرُهُنَّ مَئُونَةً

‘Aisyah radiallahu ‘anha meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:Wanita yang paling besar keberkatannya, ialah yang paling mudah maskahwinnya [As-Sunan Al-Kubra Lin Nasaie, Kitab ‘Isyratun Nisa’, hadis no: 8931]

عَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ ، قَالَ : قَالَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ” خَيْرُ النِّكَاحِ أَيْسَرُهُ

‘Uqbah bin ‘Amir radiallahu ‘anhu berkata: Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Pernikahan terbaik ialah yang paling mudah. [Sahih Ibn Hibban, Kitab an-Nikah, hadis no: 4163]

5. Wanita diberikan bahagian daripada harta warisan.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

لِلرِّجَالِ نَصِيبٌ مِمَّا تَرَكَ الْوَالِدَانِ وَاْلأَقْرَبُونَ وَلِلنِّسَاءِ نَصِيبٌ مِمَّا تَرَكَ الْوَالِدَانِ وَاْلأَقْرَبُونَ مِمَّا قَلَّ مِنْهُ أَوْ كَثُرَ نَصِيبًا مَفْرُوضًا

“Bagi lelaki ada hak bahagian daripada harta peninggalan ayah-ibu dan kerabatnya, dan bagi wanita ada hak bahagian daripada harta peninggalan ayah-ibu dan kerabatnya, baik sedikit atau banyak menurut bahagian yang telah ditetapkan.” (An-Nisa`: 7)

Di zaman jahiliah, yang mendapatkan warisan hanya lelaki, sementara wanita tidak mendapatkan bahagian mereka. Malah wanita dianggap sebagai sebahagian dari barang yang diwarisi, sebagaimana dalam ayat:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لاَ يَحِلُّ لَكُمْ أَنْ تَرِثُوا النِّسَاءَ كَرْهًا

“Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kalian mewarisi wanita dengan jalan paksa.” (An-Nisa`:19)

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ ، قَالَ الشَّيْبَانِيُّ ، وَحَدَّثَنِي عَطَاءٌ أَبُو الحَسَنِ السُّوَائِيُّ ، وَلَا أَظُنُّهُ إِلَّا ذَكَرَهُ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا : يَأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا يَحِلُّ لَكُمْ أَنْ تَرِثُوا النِّسَاءَ كَرْهًا سورة النساء آية 19 الْآيَةَ ، قَالَ : ” كَانُوا إِذَا مَاتَ الرَّجُلُ كَانَ أَوْلِيَاؤُهُ أَحَقَّ بِامْرَأَتِهِ ، إِنْ شَاءَ بَعْضُهُمْ تَزَوَّجَهَا ، وَإِنْ شَاءُوا زَوَّجَهَا ، وَإِنْ شَاءُوا لَمْ يُزَوِّجْهَا ، فَهُمْ أَحَقُّ بِهَا مِنْ أَهْلِهَا ، فَنَزَلَتْ هَذِهِ الْآيَةُ فِي ذَلِكَ

Ibnu ‘Abbas radiallahu ‘anhuma menyebutkan: Dulunya bila seorang lelaki, maka para ahli warisnya berhak ke atas isterinya. Jika sebahagian ahli waris itu mahu, dia nikahi wanita tersebut dan kalau mereka mahu, mereka nikahkan dengan lelaki lain. Kalau mahu juga, mereka tidak menikahkannya dengan siapa pun dan mereka lebih berhak terhadap si wanita daripada keluarga wanita itu sendiri. Maka turunlah ayat ini dalam permasalahan tersebut.” [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Ikrah, hadis no: 6463]

Al-Imam Al-Qurthubi rahimahullah berkata: Maksud daripada ayat ini adalah untuk menghilangkan apa yang dahulunya biasa dilakukan orang-orang jahiliah dan agar wanita tidak dijadikan seperti harta yang diwariskan sebagaimana diwarisinya harta benda. [Al-Jami’ Li Ahkam al-Quran][8]

Tetapi kenapa wanita hanya mendapat separuh?

يُوصِيكُمُ اللهُ فِي أَوْلادِكُمْ لِلذَّكَرِ مِثْلُ حَظِّ اْلأُنْثَيَيْنِ

“Allah mewasiatkan kepada kalian tentang pembahagian warisan untuk anak-anak kalian, iaitu bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan….” (An-Nisa`: 11)

Al-Imam Ibn Kathir menerangkan:

Allah menyuruh kalian untuk berlaku adil kepada mereka. Sesungguhnya orang jahiliyyah menjadikan harta warisan kesemuanya untuk lelaki tanpa ada ada bahagian untuk wanita. Lalu Allah menyuruh untuk hak yang sama dalam hal warisan di kalangan mereka…Lalu dijadikan untuk lelaki sama seperti dua bahagian perempuan. Ini kerana keperluan lelaki untuk memberi nafkah, membayar mahar dan mencari sumber rezeki, maka wajarlah mereka mendapat dua bahagian daripada yang didapatkan oleh wanita.  [9]

6. Suami diperintah untuk berlaku baik pada isterinya.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ

“Dan bergaullah kalian (para suami) dengan mereka (para isteri) secara patut.” (An-Nisa`: 19)

Al-Hafizh Ibnu Kathir rahimahullah ketika menafsirkan ayat di atas menyatakan: “Yakni perindahkan ucapan kalian terhadap mereka (para isteri) dan perelokkan perbuatan serta penampilan kalian sesuai kemampuan. Sebagaimana engkau menyukai bila dia (isteri) berbuat demikian, maka engkau (semestinya) juga berbuat yang sama. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman dalam hal ini:

وَلَهُنَّ مِثْلُ الَّذِي عَلَيْهِنَّ بِالْمَعْرُوفِ

“Dan para isteri memiliki hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang ma’ruf.” (Al-Baqarah: 228)

Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam sendiri telah bersabda:

خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لِأَهْلِهِ، وَأَنَا خَيْرُكُمْ لِأَهْلِيْ

“Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap keluarga (isteri)nya. Dan aku adalah orang yang paling baik di antara kalian terhadap keluarga (isteri)ku.” Antara akhlak Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam ialah dia menggembirakan keluarganya, bermain-main dengan mereka, berseronok-seronok, meluaskan nafkah kepada mereka dan membuatkan isteri-isterinya ketawa [10]

7. Suami tidak boleh membenci isterinya dan tetap harus berlaku baik terhadap isterinya walaupun dalam keadaan tidak menyukainya.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

فَإِنْ كَرِهْتُمُوهُنَّ فَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَيَجْعَلَ اللهُ فِيهِ خَيْرًا كَثِيرًا

“Kemudian bila kalian tidak menyukai mereka maka bersabarlah kerana mungkin kalian tidak menyukai sesuatu padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.” (An-Nisa`: 19)

Al-Imam Al-Qurthubi rahimahullah berkata: “Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala: فَإِنْ كَرِهْتُمُوهُنَّ (“Kemudian bila kalian tidak menyukai mereka”), disebabkan rupa parasnya yang tidak cantik atau perangainya yang tidak elok, bukan kerana si isteri berbuat keji dan nusyuz, maka disenangi (dianjurkan) (bagi si suami) untuk bersabar menanggung kekurangan tersebut. Mudah-mudahan hal itu mendatangkan rezeki berupa anak-anak yang soleh yang diperolehi daripada isteri tersebut. Ini berdasarkan sebuah hadis dalam Sahih Muslim daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

لاَ يَفْرَكْ مُؤْمِنٌ مُؤْمِنَةً إِنْ كَرِهَ مِنْهَا خُلُقًا رَضِيَ مِنْهَا آخَرَ

“Janganlah seorang mukmin membenci seorang mukminah, jika dia tidak suka satu tabiat/perangainya maka (boleh jadi) dia redha (senang) dengan tabiat/perangainya yang lain.”  Iaitu janganlah dia membencinya keseluruhannya sehingga membawa kepada penceraian. Tidak wajar si suami melakukan sedemikian, bahkan sewajarnya si suami memaafkan kesalahannya dengan kebaikannya dan mengabaikan apa yang tidak disukai kepada apa yang disukai.[11]

8. Bila seorang suami bercerai dengan isterinya, dia tidak boleh meminta kembali mahar yang pernah diberikannya.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَإِنْ أَرَدْتُمُ اسْتِبْدَالَ زَوْجٍ مَكَانَ زَوْجٍ وَءَاتَيْتُمْ إِحْدَاهُنَّ قِنْطَارًا فَلاَ تَأْخُذُوا مِنْهُ شَيْئًا أَتَأْخُذُونَهُ بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُبِينًا. وَكَيْفَ تَأْخُذُونَهُ وَقَدْ أَفْضَى بَعْضُكُمْ إِلَى بَعْضٍ وَأَخَذْنَ مِنْكُمْ مِيثَاقًا غَلِيظًا

“Dan jika kalian ingin mengganti isteri kalian dengan isteri yang lain sedang kalian telah memberikan kepada seseorang di antara mereka harta yang banyak, maka janganlah kalian mengambil kembali sedikitpun dari harta tersebut. Apakah kalian akan mengambilnya kembali dengan jalan tuduhan yang dusta dan dengan menanggung dosa yang nyata? Bagaimana kamu akan mengambilnya kembali, padahal sebahagian kamu telah bergaul (bercampur) dengan yang lain sebagai suami-isteri. Dan mereka (isteri-isterimu) telah mengambil dari kamu perjanjian yang kuat.” (An-Nisa`: 20-21)

Al-Imam Ibn Kathir berkata:

Jika kalian mahu menceraikan si isteri dan menggantikannya dengan perempuan lain, janganlah kalian mengambil apa yang telah kalian berikan sebagai mahar/mas kahwin walaupun sedikit daripada harta.[12]

9. Termasuk pemuliaan terhadap wanita adalah diharamkan bagi mahram si wanita kerana nasab ataupun kerana penyusuan untuk menikahinya.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

حُرِّمَتْ عَلَيْكُمْ أُمَّهَاتُكُمْ وَبَنَاتُكُمْ وَأَخَوَاتُكُمْ وَعَمَّاتُكُمْ وَخَالاَتُكُمْ وَبَنَاتُ اْلأَخِ وَبَنَاتُ اْلأُخْتِ وَأُمَّهَاتُكُمُ اللاَّتِي أَرْضَعْنَكُمْ وَأَخَوَاتُكُمْ مِنَ الرَّضَاعَةِ وَأُمَّهَاتُ نِسَائِكُمْ وَرَبَائِبُكُمُ اللاَّتِي فِي حُجُورِكُمْ مِنْ نِسَائِكُمُ اللاَّتِي دَخَلْتُمْ بِهِنَّ فَإِنْ لَمْ تَكُونُوا دَخَلْتُمْ بِهِنَّ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْكُمْ وَحَلاَئِلُ أَبْنَائِكُمُ الَّذِينَ مِنْ أَصْلاَبِكُمْ

Diharamkan atas kalian menikahi ibu-ibu kalian, puteri-puteri kalian, saudara-saudara perempuan kalian, ‘ammah kalian (mak cik/ adik beradik perempuan ayah), khalah kalian (mak cik/ adik beradik perempuan ibu), puteri-puteri dari saudara lelaki kalian, puteri-puteri dari saudara perempuan kalian, ibu-ibu susu kalian, saudara-saudara perempuan kalian sepersusuan, ibu mertua kalian, puteri-puteri dari isteri kalian yang berada dalam pemeliharaan kalian dari isteri yang telah kalian campuri. Tetapi jika kalian belum mencampuri isteri tersebut (dan sudah berpisah dengan kalian) maka tidak berdosa kalian menikahi puterinya. Diharamkan pula bagi kalian menikahi isteri-isteri anak kandung kalian (menantu)…” (An-Nisa`: 23)

Di akhir ayat di atas, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَأَنْ تَجْمَعُوا بَيْنَ اْلأُخْتَيْنِ إِلاَّ مَا قَدْ سَلَفَ إِنَّ اللهَ كَانَ غَفُورًا رَحِيمًا

“(Diharamkan atas kalian) menghimpunkan dalam pernikahan dua wanita yang bersaudara, kecuali apa yang telah terjadi di masa lampau. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (An-Nisa`: 23)

Sumber :
http://alkahfi.com.my/sekilas-surah-an-nisa/

Rahsia Lirik Lagu 'Kun Anta' Satu Fenomena



Sejak lagu Kun Anta dimuatnaik di youtube, ramai anak muda yang mula terpesona dengan irama dan alunan lagu tersebut sehingga ada yang memainkan semula lagu itu mengikut versi masing-masing. Walaupun lagu itu dalam bahasa arab, tetapi keunikan rentak lagu tersebut membuatkan sesiapa yang mendengarkannya pasti terhibur.

Sedikit kisah tentang penyanyi KUN ANTA :

Humood Alkhuder merupakan seorang artis / penyanyi yang lahir di Kuwait pada tahun 1989 . Humood dibesarkan di dalam keluarga yang pandai dan berpendidikan dengan mak dan ayahnya yang penyayang.

Siapa Humood Alkhuder ?

Ayah kepada Humood merupakan seorang profesor dalam bidang psikologi dan menerima ijazah PhD dari Great Britain .Di sanalah Humood banyak menghabiskan sebahagian besar zaman kanak-kanaknya.
Ibu Humood pula merupakan seorang yang mesra , berpendidikan dan kreatif .

Humood suka berada bersama ibunya untuk mendengar nasihat-nasihat untuk memperbaiki dirinya . Ibunya sentiasa akan menolak Humood ke depan untuk mencapai matlamat dalam hidupnya .Ibu Humood merupakan pengaruh yang besar dan pemberi dorongan dalam sepanjang hidupnya .

Humood sering memberikan perhatian penuh dalam bidang seni . Beliau merasakan seperti ketagih dengan apa-apa yang kelihatan indah di dunia ini . Kerana itulah apabila beliau melihat dalam dirinya , muzik adalah yang pertama .

Humood percaya setiap insan di muka bumi ini mempunyai kekuatan . Orang yang pintar adalah orang yang menggunakan semua potensi yang ada pada mereka kepada sesuatu yang berfaedah .

Humood merasakan Allah S.W.T telah menganugerahkan suara yang merdu dan bakat kepadanya . Beliau telah mencuba dengan sedaya upaya semenjak dari berumur 10 tahun untuk meningkatkan kemahiran dalam dirinya untuk menyumbangkan sesuatu yang berguna dalam dunia ini.

Bapa saudara kepada Humood merupakan seorang artis yang terkenal . Humood sering mengikut bapa saudaranya itu ke studio dan memerhatikan apa yang dibuat . Humood melihat cara bapa saudaranya menulis lirik , membuat irama , mengumpulkan vokal dan meberikan persembahan di atas pentas .

Humood belajar dari pengalaman bapa saudaranya , yang amat berguna dalam dirinya untuk mencapai kejayaan . Selepas itu , Humood mendapat beberapa tawaran daripada artis-artis untuk turut serta dalam album mereka dan tidak pernah terlepas sebarang peluang dan memberikan usaha menyanyi yang terbaik.

Uji bakat pertama Humood sangat memberangsangkan . Dengan tindak balas positif yang diberikan daripada penonton akan sentiasa menjadi inspirasi untuk meningkatkan dan menyumbangkan lebih banyak lagu darinya dalam bidang seni ini.

Sumber drp : BLOGPARIHH

http://www.blogparihh.com/2015/04/siapa-humood-alkhuder.html?m=1

Maksud lirik Kun Anta :

Klik di sini : RAHSIA LIRIK KUN ANTA

Apapun muzik itu sememangnya universal.

Lihat saja lagu KUN ANTA ini dinyanyikan oleh anak muda yang begitu teruja.

(versi sheryl shazwanie)

( versi hisham lois )

p/s : Sesekali layan lagu arab pun sedap drp melayan lagu2 k-pop.

Jumaat, 15 Mei 2015

Ucap Anak Murid : 'Welcome Back To School' Cikgu













Rabu, 13 Mei 2015

DIALOG SEORANG PEMUDA ISLAM BERSAMA PENGANUT ATHEIS


Soalan Pertama

Atheis: “Pada zaman bilakah Tuhan kamu dilahirkan?”

Pemuda tersebut tersenyum lalu menjawab: “Allah Taala tidaklah sesuatu yang dilahirkan. Jika Dia dilahirkan sudah tentu Dia punya bapa, Allah juga tidak melahirkan. Jika Dia melahirkan maka sudah tentu Dia punya anak.”

Soalan Kedua

Atheis: “Kalau begitu, bilakah pula Tuhan kamu wujud?”

Pemuda itu seraya menjawab: “Allah Taala itu wujud sebelum adanya zaman, sedangkan zaman itu sendiri adalah ciptaanNya, mana mungkin pencipta wujud selepas makhluk ciptaanNya.”

Soalan Ketiga

Atheis: “Cuba kamu berikan kepada kami sedikit gambaran tentang kewujudan Tuhan kamu yang tiada permulaan ini. 

Bagaimana mungkin sesuatu itu ada tanpa ada permulaannya?”

Pemuda itu menjawab: “Kamu pandai mengira?”

Kelompok Atheis itu menjawab: “Tentu sekali kami pandai mengira.”

Pemuda itu meneruskan ucapannya: “Bolehkah kamu beritahu aku apakah nombor sebelum nombor empat (4)?”

Atheis: “Nombor 3″
Pemuda: “Nombor sebelum 3?”
Atheis: “Nombor 2″
Pemuda: “Nombor sebelum 2?”
Atheis: “Nombor 1″
Pemuda: “Nombor sebelum 1?”
Atheis: “Tiada”

Pemuda itu tersenyum lalu memberikan penerangan: “Nah, kamu sendiri mengakui bahawa nombor 1 sebelumnya tiada mulanya. Nombor yang merupakan ciptaan Allah ini sendiri kamu akui bahawa tiada permulaan baginya. Apatah lagi pencipta kepada nombor itu sendiri?”

Terpinga-pinga kelompok Atheis tersebut dengan jawapan yang padat dan bernas daripada pemuda itu. Ternyata mereka silap perkiraan bila mana berhadapan dengan anak muda ini.

Pada mulanya mereka merasakan bahawa anak muda ini mudah dikalahkan, namun telahan mereka ternyata menyeleweng. Mereka perlu lebih berhati-hati.

Soalan Keempat

Atheis: “Tahniah anak muda di atas jawapanmu sebentar tadi. Jangan sangka kamu berada di dalam keadaan yang selesa.

Baik, tolong kamu terangkan kepada kami, pada bahagian manakah Tuhan kamu mengadap?” 

Pemuda itu menjawab: “Jika aku bawa sebuah pelita yang dicucuh dengan api ke sebuah tempat yang gelap, pada arah manakah cahaya pada api tersebut mengadap?”

Kelompok Atheis menjawab: “Cahaya itu tentulah akan menerangi keseluruhan arah.”

Pemuda itu berkata: “Jika cahaya yang diciptakanNya itu pun kamu semua tidak mampu menerangkan pada arah manakah ia mengadap, inikan pula Sang Pemilik Cahaya langit dan bumi ini sendiri?”

Kesemua hadirin yang mendengar jawapan daripada pemuda itu bersorak kegembiraan. Kagum mereka dengan kepetahan anak muda itu.

Soalan Kelima

Atheis: “Bolehkah kamu terangkan kepada kami, bagaimana zat Tuhan kamu? Adakah ianya keras seperti besi? Atau jenis yang mengalir lembut seperti air? Atau ianya jenis seperti debu dan asap?”

Pemuda itu sekali lagi tersenyum. Beliau menarik nafas panjang lalu menghelanya perlahan-lahan. Lucu sekali mendengar persoalan kelompok Atheis ini.

Orang ramai tertunggu-tunggu penuh debaran apakah jawapan yang akan diberikan oleh pemuda itu.

Pemuda itu menjawab: “Kamu semua tentu pernah duduk disebelah orang yang sakit hampir mati bukan?”

Atheis menjawab: “Tentu sekali.”

Pemuda itu meneruskan: “Bila mana orang sakit tadi mati, bolehkah kamu bercakap dengannya?”

Atheis menjawab: “Bagaimana mungkin kami bercakap dengan seseorang yang telah mati?”

Pemuda itu meneruskan: “Sebelum dia mati kamu boleh bercakap-cakap dengannya, namun selepas dia mati, terus jasadnya tidak bergerak dan tidak boleh bercakap lagi. Apa yang terjadi sebenarnya?”

Kelompok Atheis tertawa lalu memberikan jawapan: “Adakah soalan seperti ini kamu tanyakan kepada kami wahai anak muda? 

Tentu sekali seseorang yang mati itu tidak boleh bercakap dan bergerak . Ini kerana rohnya telah terpisah daripada jasadnya.”

Pemuda itu tersenyum mendengar jawapan mereka lalu berkata: “Baik, kamu mengatakan bahawa rohnya telah terpisah daripada jasadnya bukan? Bolehkah kamu sifatkan kepada aku sekarang,bagaimanakah bentuk roh tersebut. Adakah ianya keras seperti besi, atau ianya mengalir lembut seperti air atau ianya seperti asap dan debu yang berterbangan?”

Tertunduk kesemua Atheis tersebut bila mana mendengar persoalan pemuda bijak tersebut. Ternyata olokan mereka sebentar tadi kembali tertimpa ke atas mereka.

Kelompok Atheis menjawab dengan keadaan penuh malu: “Maaf, tentu sekali kami tidak dapat mengetahui bagaimana bentuknya.”

Pemuda itu lalu meneruskan bicaranya: “Jika makhluknya seperti roh itu pun kamu tidak mampu untuk menerangkannya kepada aku, bagaimana mungkin kamu ingin menyuruh aku menerangkan bagaimana bentuk Tuhan Pemilik Roh serta sekalian alam ini?”

Soalan Keenam

Atheis: “Di manakah Tuhan kamu duduk sekarang?”

Pemuda itu kembali bertanyakan soalan kepada mereka: “Jika kamu membancuh susu, tentu sekali kamu mengetahui bahawa di dalam susu tersebut ada terdapat lemak bukan?

Bolehkah kamu terangkan kepada saya, dimanakah tempatnya lemak tersebut berada?”

Kelompok Atheis menjawab: “Kami tidak dapat menerangkan kepadamu dengan tepat kedudukan lemak di dalam susu tersebut. Ini kerana lemak itu mengambil keseluruhan bahagian susu tersebut.”

Pemuda itu seraya berkata: “Kamu sendiri lemah di dalam memberikan jawapan terhadap persoalan aku sebentar tadi. Jika lemak di dalam susu pun tiada tempat yang khusus baginya, masakan pula kamu ingin mengatakan bahawa Tuhan Pemilik Arasy itu ada tempat duduk khusus bagiNya?

Sungguh aku pelik dengan persoalan-persoalan kamu ini.”

Soalan Ketujuh

Atheis: “Kami pelik bagaimana jika masuk ke dalam syurga ada permulaannya (iaitu selepas dihisab oleh Allah Taala di padang Mahsyar) namun bila mana sudah berada di dalamnya maka tiada lagi pengakhirannya (maksudnya tiada kesudahannya dan akan selama-lamanya di dalam syurga)?”

Pemuda itu tersenyum lagi lalu menjawab: “Mengapa kamu pelik dengan perkara tersebut. Cuba kamu lihat pada nombor. Ianya bermula dengan nombor satu bukan? Namun bolehkah kamu terangkan kepada aku apakah nombor yang terakhir di dalam senarai nombor?”

Terkelu kelompok Atheis ini untuk memberikan jawapan. Tentu sekali nombor tiada kesudahannya. Pemuda itu tersenyum melihat kelompok Atheis ini terkebil-kebil tidak mampu memberikan jawapan.

Kemudian beliau menyambung bicaranya: “Nah, kamu sendiri tidak mampu untuk menerangkan kepadaku apakah nombor terakhir bukan? Jawapannya sudah tersedia di hadapan mata kepala kamu.”

Soalan Kelapan

Atheis: “Kami ingin bertanya lagi, bagaimana mungkin seseorang di dalam syurga menurut Nabi kamu tidak akan kencing dan berak. Sedangkan mereka juga makan dan minum? Ini adalah perkara yang tidak masuk akal.”

Pemuda itu tenang membetulkan kedudukannya. Lalu beliau menjawab: “Aku dan kamu sebelumnya pernah berada di dalam perut ibu sebelum dilahirkan bukan? Sembilan bulan di dalam perut ibu, kita juga makan daripada hasil darah ibu kita.

Persoalanku, adakah kamu buang air kecil dan besar di dalam perut ibumu? Sedangkan kamu juga makan di dalamnya?”

Sekali lagi kelompok ini terdiam membisu seribu bahasa. Padat sekali jawapan anak muda ini.

Soalan Kesembilan

Ia soalan terakhir yang ditanyakan oleh kelompok Atheis tersebut kepada pemuda itu bila mana mereka telah mati kutu dan sudah terlampau malu ialah berkenaan:

“Jika kamu terlalu bijak , apakah yang dilakukan oleh Tuhanmu sekarang?”

Maka pemuda itu menjawab dengan tenang: “Sebelum aku memberikan jawapan kepadamu, eloklah kiranya kita bertukar tempat. Ini kerana kamu berada pada tempat yang tinggi sedang aku berada di bawah. Jawapan hanya boleh diberikan bila mana aku berada di atas mengambil alih tempatmu.”

Kelompok Athies itu lalu bersetuju dengan cadangan pemuda tersebut, lalu mereka bertukar tempat.

Pemuda itu naik ke atas, manakala sang Atheis turun ke bawah.

Bila mana pemuda itu sudah berada di atas, terus beliau menjawab: “Kamu bertanya sebentar tadi apakah yang Tuhanku lakukan sekarang bukan?

Jawapannya ialah, Tuhanku sedang meninggikan yang Haq (dengan menaikkan pemuda itu ke atas) dan menurunkan yang Batil (dengan menurunkan kelompok Atheis tersebut ke bawah).”

Akhirnya mereka mengakui bahawa tiada lagi persoalan yang ingin ditanyakan malah kesemuanya telah dipatahkan oleh pemuda itu dengan penuh hikmah.

Walau sudah hampir ribuan tahun pemuda itu meninggalkan kita, namun namanya disebut orang seolah-olah beliau masih hidup di sisi kita.

Al-Fatihah buat al-Imam al-A’dzam Abu Hanifah Nu’man bin Thaabit r.a (Imam Hanafi) serta kepada seluruh gurunya dan kesemua muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah wafat.

SEBARKAN UNTUK MANFAAT UMAT.
ini hujah imam hanafi dgn addahri..ada dlm kitab darus samin