Mutiara Kata

Kelebihan Bulan Rejab Syaaban dan Ramadhan

AWAS AURAT JANGAN AMBIL MUDAH

Peringatan buat mereka yang alpa dan terleka dengan dunia.

Isnin, 13 Mac 2017

KEBURUKAN KAD KREDIT YANG WAJIB DIKETAHUI !


BERHENTILAH SEBELUM TERLAMBAT !

21-06-2008, 09:19 PM
salam pada semua warga forum cg..sdg cari 2x dlm google aku terjumpa laman web ni ada satu ruangan utk kita buat apa 2x komplen..

kisah ni dah lama dah..tp masih lagi sikap peniaga cina selalu ambil kesempatan pd pembeli yg menggunakan kad kredit..peniaga ni akan mengenakan caj dari 2% - 3% dari jumlah barangan.. tapi biasanya penggunaan mastercard ikut sesedap rasa dr 2%-2.5% manakala pemegang visa dikenakan 3%..

persoalannya di sini..
* mengapa perlu caj begini? kita taula kalau guna byr pakai kad diorang akan dpt payment lambat dr merchant kredit kad..so reason diorang bagi takdela modal pusingan..ITU HAL KORANGLA..korang jual barang korang pandaila carik duit..dah untung jual brg kat kitorang mengapa nak sembelih lagi pembeli? macamla melayu ni ***** sgt tak pikir korang dpt brg dr supplier kaum cina korang pun bukannya cash term..by credit jugak..ada term..

* dibenarkan ke peniaga 2x ni kenakan caj ni?kerajaan bagi ke?KPDNHEP bagi ke?tu aku taktau sbb benda ni dah berkulat dah org dok kompen dr dulu..tp kalau ikut logik mana boleh suka 2x caj macam tu..

bayangkan kalau harga jual rm5,000 (harga ni pun diorang biasanya dah untung nak dekat 200% dr kos) kita bayar pakai kad sia 2x je tambah rm100 - rm150 kat diorang ni..sakit tul ati aku..

skang dah makin byk kedai buat camtu..yg konon kedai besar gak pun tak psl 2x boleh caj kita gak..kat low yat tu jgn ckpla..sumer kedai buat camtu..cilaka tul diorang ni :(scam


Salaam bro,

Rileks lerr, cepat tua kang.

Bro ni marah pada orang yang tak betul. Kalau nak marah...sepatutnya bro marah kat pengeluar kad kredit (spt bank). Kebanyakan orang yang menguasai bank kat Mesia ni org kita, yang kerja kat bank pun byk org kita gak.

Adalah menjadi amalan dasar bank-bank mengenakan caj 2.5% untuk setiap transeksi (betoi ka ni?) Visa/Master
card kecuali di stesyen minyak. Untuk Amex/Diners Club, cajnya adalah lebih tinggi. Peniaga besar cam Hypermarket yang jualannya banyak mungkin berupaya untuk “negotiate” ngan pihak bank untuk menurunkan caj ni ke 1% - 1.5% di samping melupuskan sewa terminal. Malah dia orang mungkin boleh deal terus dengan Visa/Mastercard utk keluarkan kad sendiri. Tapi peniaga kecil mana ada “clout” untuk paksa bank-bank turunkan caj ni? Sewa SETIAP terminal pun dah beratus-ratus ringgit sebulan! Kalau tak offer perkhidmatan bayaran melalui kad kredit, nanti pembeli macam bro semua tak melanggan pula.

Kalau bro tak percaya yang bank ambil charge ni, cuba bro buat cash advance guna kad kredit bro kat mana-mana terminal. Lepas tu bro cuba pergi marah pengeluar kad kredit bro yang akan kenakan charge 2 – 2.5%.

Bro, kalau buat bisnes untung 200% untuk setiap jualan, semua rakyat Malaysia tak makan gaji la. Saya tak tahu apa yang bro beli tapi kalau dalam bisnes komputer, untung peruncit untuk laptop dari Acer, Apple, NEC dan Compaq hanya setinggi 4-5%! Bayangkanlah kalau dah kena tolak 2.5% caj kad kredit termasuk pembeli minta diskaun, free gift lagi...apa peruncit nak dapat? Sewa kedai kat Low Yat pula melebihi RM10,000 sebulan!!!

Lainlah kalau syarikat komputer besar cam Thundermatch atau hypermarket. Nak letak barang kat kedai mereka pun, supplier kena bayar. Dahlah barang yang tak dijual, supplier kena ambil balik. Tapi memang saya tak nafikan, peniaga cina dapat barangan mereka secara kredit dari distributor besar yang semuannya dikuasai oleh mereka. Tapi salahnya pada orang melayu gak. Kalau nak tahu kenapa, teruskan membaca.


bro..kalau ada tmpt lain dah lama aku pegi kedai tu..tp kau pun tau kan skang certain brg 2x peniaga cina dah conquer 100% ..org melayu takde line nak dptkan brg ni dr suplier..sbb biasanya supplier pun dr org cina yg akan beri pd bangsa diorang je..

Ini memang benar. Kebanyakan peniaga besar di Low Yat dapat stok secara kredit dari supplier jadi bila ada barangan “hangat” yang menjadi kegilaan ramai atau tinggi permintaannya, para peniaga ini akan sapu habis semua stok (kerana mereka tak perlu bayar serta merta) kepada supplier. Jadi sebenarnya barang yang mereka jual tu ZERO kosnya. Cuma untungnya kecil. Peniaga melayu tak dapat berbuat demikian kerana supplier ni “haram” nak bagi kredit (hutang) kat peniaga melayu. Kalau peniaga melayu yang tak ada “kuasa politik” di belakang, nak jadi authorised reseller pun setengah mampus syarat-syarat yang diletakkan oleh supplier. Jadi kalau peniaga melayu nak jual juga barang-barang ni, mereka kena beli dari peniaga cina tadi. Akibatnya, harga mereka mestilah lebih mahal dari peniaga cina. Pembeli-pembeli termasuklah orang melayu pastilah lebih suka membeli dari peniaga cina kerana harga yang ditawarkan lebih rendah.


tu la aku ckp..kalo diorang sewa pun benda tu tu masalah diorangla..apsal lak kita sbg pengguna jd mangsa? ye tak? lgpun diorang dah kaut untung kat brg tu..so apa masalahnya? dah lah susah nak mintak tawar ngan diorang ni..#:-S
[/QUOTE]

Ini lagi satu masalah besar dengan pembeli melayu (secara am, bukan semua). Kalau beli barang dari peniaga melayu, akan tawar sampai lupus keuntungan peniaga melayu tersebut. Dah lah dia dapat barang pada harga tinggi, tak dapat kredit dari supplier...pembeli minta kredit yang tak munasabah pula! Macamana bisnes melayu nak maju? Ini termasuklah ahli keluarga saya. Karipap pun dia orang tawar. Bayar lebih 5¢ tak akan membuat kita papa!

Dari perbincangan saya dengan para peruncit cina (untuk barangan yang tak dikenakan kawalan), mereka ada 3 harga. Harga orang cina, harga orang melayu dan harga orang india. Harga paling tinggi ialah harga orang india sebab mereka ni paling banyak suka minta diskaun yang tak munasabah. Kemudian harga orang melayu dan paling rendah harga orang cina. Pertama kali saya dengar ni, agak kehairanan juga walaupun tak terkejut...tapi setelah bertahun-tahun mengenali kerenah pembeli, saya sudah terlalu faham.

Dari pengalaman saya, ada segelintir orang melayu yang asyik melaungkan dengan lantang “kita orang melayu kena beli dari peniaga melayu”, tapi mereka inilah apabila membeli akan tawar harga sehingga peniaga melayu sesak nafas.

Pada amnya, pembeli cina tak akan masuk kedai melayu kalau dia tahu tuanpunya kedai itu orang melayu. Pembeli india akan melanggan tak kira siapa penjual dan tawar harga yang tak munasabah (kecuali kalau penjual berbangsa india juga). Pembeli melayu yang masuk kedai melayu dan walaupun harga barangan lebih murah/setara dari peniaga cina, pembeli tetap akan “menawar” harga yang lebih rendah. Lucunya, pembeli-pembeli melayu yang masuk ke Mydin tak pula tawar-menawar harga barangan kat cashier-cashier Mat Bangla/India yang ada kat situ.

Mydin ni memang sembelih supplier tak kira bangsa cina atau melayu tapi kita tak salahkan mereka sebab tatkala mereka sembelih supplier, barulah mereka boleh bersaing dengan Hypermarket asing. Pembeli pun lebih suka sebab harga barangan mereka lebih murah. Tetapi supplier melayu jarang dapat kredit, tak seperti supplier cina. Kalau bisnes yang berkembang besar atas nama bumiputera tak “support” peniaga bumipetara kecil ditambah pula pihak kerajaan pun selalu buat bayaran lambat kepada peniaga melayu...fikir-fikirkanlah.

Siapa yang untung kalau bayaran lewat? Supplier kepada kontraktor melayu majoritinya berbangsa cina. Peniaga melayu tak dapat kredit...peniaga cina dapat. Supplier berbangsa cina tak bagi kredit, kerajaan/glc bayar lewat dan susahkan peniaga melayu dengan berbagai “hurdles” serta “permintaan” untuk jadi kontraktor kerajaan. Jadi jawabnya alibaba lah.

Saya tanya ramai supplier cina kenapa tak bagi kredit kepada peniaga melayu? Mereka jawab sebab peniaga melayu tak tahu bayar hutang! Lagipun lebih baik mereka tolong peniaga cina sebab orang melayu, kerajaan dah tolong macam-macam. Tapi adakah ini benar?

Ingat senang ke nak dapat duit dari kerajaan untuk buat bisnes? Kalau senang, esok aku nak 5000AP. Kalau nak dapat pun, pinjaman, bukan free, hutang kena bayar balik. Kalau tak bayar, adalah lawyer melayu yang dilantik hambat ke hulu dan ke hilir.

Peniaga melayu yang “genuine” makin tersepit.

hah? apa ko ckp ni bro? boleh bg detail tak? apsal lak tetiba bank kenekan interest ni? org swipe kad apa kene dgn interest ni? bukan ke pemegang kad yg kene interest ngan bank?

Bro, interest charge bank ambik kat customer, service charge pun bank ambik bila swipe kad kredit. Bila bro tengok Ezpayment 0% tu sebenarnya bank sapu 9%. Kalau keuntungan peniaga 4% tetapi bank sapu 9%, siapa nak absorb semua kos terpendam ni? Hampir semua syarikat/koperasi yang bagi personal loan buat kerja ni (kecuali AEON dan beberapa Bank). Kat penjual pun dia orang makan commission/percentage, kat pembeli pun dia makan interest/profit. Hidup jadi ceti paling bahagia.

Policymakers semua orang melayu belaka tak kira dalam bank atau kerajaan.

Jadi salah siapa semua ni? Salah kitalah yang berbangsa melayu.

Maaflah, aku melalut panjang-panjan malam minggu ni tapi terimakasih kerana membaca.

Pautan artikel :
http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php/t-38119.html