Mutiara Kata

Kelebihan Bulan Rejab Syaaban dan Ramadhan

AWAS AURAT JANGAN AMBIL MUDAH

Peringatan buat mereka yang alpa dan terleka dengan dunia.

Sabtu, 21 Februari 2015

KIPSAS : Di sini lahirnya ...

Dahulu namanya Kolej Islam Pahang jer a.k.a KIP. Pengambilan pertama dan kedua dan ketiganya adalah dalam beberapa puluh org pelajar sahaja...maklumlah bangunan sendiri pun belum ada lagi... tapi semangat belajarnyer mmg meletop jugak dgn pelbagai ragam dan kerenahnyer...hanye mereka2 yg sempat berada pd zaman itu jer yg paham dan tahu apa itu ragam dan kerenah yg meletop2 kan...hihi
Skang nama pun dah maju selangkah kpd KIP Sultan Ahmad Shah a.k.a KIPSAS... akan datang mungkin naik taraf kpd KOLEJ UNIVERSITI atau UNIVERSITI plak...
Bangunan baru yg indah...tak macam dulu..

Sabtu, 7 Februari 2015

10 Mayat Yang Tidak Akan Reput Di Dalam Kubur



Disebutkan oleh hadis Rasulullah SAW bahwa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam keadaan tubuh asal pada hari Qiamat :

1-Para Nabi-Nabi

2-Para Ahli Jihad Fisabilillah

3-Para Alim Ulama Menegakkan Kalimah Allah.

4-Para Syuhada sentiasa memperjuangkan Islam.

5-Para Penghafal Al Quran dan Beramal dengan Al-Quran.

6-Imam atau Pemimpin yang Adil dalam menegak Syariat Allah.

7-Tukang Azan yang tidak meminta habuan.

8-Wanita yang mati semasa melahirkan anak serta sentiasa TAAT pada perintah Allah.

9-Orang mati dibunuh atau dianiaya kerana mempertahan Maruah dan Agama.

10-Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman yang sentiasa menjaga hukum agama semasa hidup di atas dunia.



Sumber :  hambaliabdullah.blogspot.com

Jumaat, 6 Februari 2015

19 Kesalahan Bertudung Yang Serius


Sudah menjadi kewajiban wanita muslim untuk bertudung. Namun kadangkala ada yang bertudung hanya setakat ambil syarat sahaja. Tetapi kita pun bukannya arif sangat bab berkenaan.


Oleh itu, sama-sama kita baca 19 kesalahan bertudung yang serius dibawah:

19 KESALAHAN BERTUDUNG YANG SERIUS

  1. Salah satu bahagian aurat itu adalah dengan memakai tudung dengan sempurna.
  2. Bertudung tetapi kain tudung agak jarang sehingga menampakkan bayangan rambut, tengkuk dan leher.
  3. Bertudung tetapi dengan ‘T-Shirt’ berlengan pendek.
  4. Bertudung tetapi baju kurungnya terbelah kainnya.
  5. Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’
  6. Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan/atau hujung rambutnya.
  7. Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat atau sekolah sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
  8. Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
  9. Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh dilihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
  10. Bertudung tetapi menampakkan bahagian hadapan anak rambut.
  11. Bertudung tetapi tidak menutup kaki (memakai stokin). Kaki juga adalah aurat wanita.
  12. Bertudung tetapi tidak menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.
  13. Bertudung tetapi penuh dengan hiasan di kepala yang menarik orang lain untuk melihatnya.
  14. Bertudung tetapi menggunakan wangian berlebihan.
  15. Bertudung tapi memakai kasut bertumit tinggi yang menghasilkan bunyi apabila berjalan, jesteru menarik perhatian orang sekeliling.
  16. Bertudung itu hanya apabila memasuki kawasan masjid, menghadiri kenduri perkahwinan atau arwah.
  17. Bertudung hanya apabila hadirnya “lelaki yang bukan ahli keluarga”. Apabila bersama sepupu lelaki, tidak perlu bertudung, sedangkan apabila kita bersalaman dengan mereka pasti terbatal wudhu’ kita. Dengan itu, sepupu lelaki adalah bukan mahram dan wajib menutup aurat di hadapan mereka.
  18. Bertudung, tetapi menayangkan foto tidak bertudung di alam maya (e.g. Facebook).
  19. Bertudung tetapi memakai make-up yang berlebihan.


Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”[Surah Al-Ahzab : 59]


Aku perhati atau melihat dalam syurga , maka aku dapati kebanyakkan penghuninya terdiri daripada golongan orang-orang susah,dan aku melihat didalam neraka maka aku dapati kebanyakkan penghuninya ialah golongan WANITA. [ hadis Riwayat Bukhari ]



Semoga info diatas boleh dijadikan manfaat bersama. Insya ALLAH

Sumber: akuislam.com